SIAPA YANG TERAKHIR

Miss Nd

Romance Series 11712
4.9
(16 ratings)

Synopsis

Hampir empat tahun mereka bercinta. Hampir empat tahun membina janji untuk bahagia bersama. Namun semua musnah apabila Aisy Zulaikha mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka tanpa sebarang sebab yang kukuh. Luth Arriyan kecewa separuh mati. Bermula pada hari itu, dia tekad untuk membuang nama cinta pertamanya, Aisy Zulaikha dalam hatinya. Perwatakannya berubah selepas ditinggalkan Aisy. Dia menjadi semakin serius dan sering menyakitkan hati wanita. Aisy Zulaikha membawa di New York. Dia sudah tidak tahan menurut kehendak sang bapa yang sangat mementingkan diri. Aisy membawa hati yang melara apabila terpaksa mengecewakan kekasihnya. Aira Zulaikha, gadis comel yang sering mencuri perhatian Luth dan juga merupakan anak kepada keluarga angkat Luth. Gadis yang langsung tidak hairan dengan kedinginan Luth Arriyan. Aira dan Luth perlu berkahwin atas kehendak keluarga. Atas dasar kasih sayang terhadap ibu bapa mereka, mereka bersetuju untuk menjadi pasangan suami isteri. Aisy yang pulang ke Malaysia dengan seribu harapan untuk kembali pada Luth hampa apabila mendengar perkhabaran tersebut. Aisy Zulaikha : Kenapa you perlu dingin dengan I? I cakap baik-baik kan ni. Luth Arriyan : You sendiri tahu kenapa I dingin dengan you. So stop ask stupid questions. Semua terungkai setelah Luth berkahwin dengan Aira apabila Izz Mikail menjelaskan perkara sebenar tanpa pengetahuan Aisy. Luth Arriyan : Ika, maafkan Ian sebab tak beri Ika peluang untuk jelaskan hal yang sebenar. Aira makan hati apabila semakin hari hubungan suaminya dan Aisy bertambah rapat. Adakah dia yang perlu mengundur diri? Luth memang tidak pernah cintakkan dia. Dia tidak mahu berterusan menjadi penyebab jurang hubungan Luth dan Aisy. Aira tahu Aisy Zulaikha seorang yang sangat baik. Aira Zulaikha : Aira ni tak ubah macam patung hiasan yang dah buruk and berhabuk dalam rumah ni kan. Kalau abang rasa Aira ni semakkan pandangan mata abang, lepaskan Aira. Ramai lagi yang tunggu Aira dekat luar sana. Aira tekad membuang cintanya yang sekian lama dia pendam dalam hati untuk si suami. Tiada guna dia mengharapkan kasih daripada lelaki yang tidak sudi. Ego Luth tercabar apabila Akif semakin berani untuk mendekati isterinya dan Aira seolah-olah merelakan kelakuan Akif. Luth Arriyan : Jangan harap I akan lepaskan you untuk lelaki tu. I will never. Remember my word. Apakah kesudahan episod cinta Luth, Aisy dan Aira. Adakah Luth GO ON dengan cinta lamanya atau MOVE ON lalu membahagiakan insan yang telah sah menjadi isterinya. ~janjimu dibiar tiupan angin bawa pergi ~hatiku diseksa tanpa bisa bahagia lagi ~aku gagah jika itu membuatmu kembali


Share this novel

Rate this story


Comments

Rosmawatie Mohamad
2022-11-02  1 Replies

tq, harap onz ye sis

Rosmawatie Mohamad
2022-10-11  2 Replies

xde next dh ke?

Sarah Jesus
2022-05-22 

harap luth move on Dan bahagiakan aira yang menjadi isteri sah daripada baik dgn aisy

Miss Nd

21 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience