Completed
49873
“Nama awak siapa?” soalku dengan kasar. Aku melihat dia sudah mulai tidak duduk diam. Kemudian dia menyerahkan sebuah fail kepadaku. Sudah aku agak, fail tersebut mengandungi butiran peribadi dirinya. Aku mengangkat keningku dengan tinggi, mengalahkan Ziana Zain sahaja! “Awak tak ada mulut ke? Saya tanya awak nama. Bukan saya minta awak serahkan fail awak!” marahku lagi. Terkebil-kebil dia memandangku. Tersentak barangkali. “Maaf Puan Fitri.” Ujarnya dengan suara yang perlahan. Semakin aku naik angin dengan panggilan yang baru sahaja diberikannya. Puan? Dia ingat aku dah kahwin ke apa? Tak nampak ke muka aku ni muda dan cantik berseri lagi?
Update 06 December 2024