Series
904
Memoris are always invisible to eyes but can be felt with heart. Hana humairah, seorang gadis ceria yang berusia 21 tahun sering menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya dengan tambahan kecantikan diwajahnya campuran korea dari ibunya khatijah kim. Keceriaannya hana humairah hilang semenjak kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan kerana ingin hadir ke majlis konvokesyennya. "Tolong hana umi.! Tolong hana abi..! " berketar- ketar suara hana humaira yang cukup perlahan itu sambil menangis tersesak-esak dengan tangan menutup mulut di bawah meja dapur rumahnya. Dato' Noah Zeyyad seorang lelaki 30an mendapat gelaran Dato' dengan kejayaanya sebagai seorang usahawan yang berjaya. Dan telah bernikah dengan Amanda kerana permintaan arwah papanya. Dato' Noah tidak bahagia dengan isterinya yang tidak menjalankan tanggungjwab sebagai seorang isteri dan sering membelakanginya. "Encik tolong saya!! saya takut.." rayu hana humairah dengan tersedu-sedu menangis sambil tangannya digosok untuk meminta pertolongan. "Cik kenapa ni? sebaik saya sempat break kalau tak....." terhenti kata-kata Dato' Noah melihat wajah hana humairah. ' cantiknya.....' Hana humaira membuat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu dengan bersetuju tawaran Dato' Noah untuk menikahinya. Kerana dia takut perkara yang bakal menjadi sejarah hitamnya kembali menghantui dirinya. Dikala kebahagiaan menjelma, Kasih besemi, cinta membara. Hana humaira diuji, dia baru mengetahui suaminya sudah mempunyai isteri sebelum dia dan dia didapati hamil. Dia difitnah oleh isteri pertama suaminya. Tanpa usul periksa Dato' Noah terus menghalaunya dari rumah. " Sampai hati abang halau hana. Hana tak bersalah bang! hana kena fitnah! mana hana nak pergi bang.. hana dah tak ada siapa-siapa. Abanglah hidup hana.... " Menyesal aku kutip kau dari tepi jalan!! ini balasan kau?? ini ke perangai kau yang sebenar!! " Ya allah abang... sampai hati abang buat hana macamni... Hana humairah kemalangan dan koma. kandungannya gugur. Dato' Noah menyesal dan terlampau kesal hingga akhir nyawanya dengan perbuatan dirinya terhadap isterinya yang tercinta. Kini ingatan cinta Hana humairah telah hilang terhadap Dato' Noah. Dapatkah cinta itu berputik kembali?
Update 06 December 2024