PuSiNgAn RoDa

QueeNerrA@BabyBear

Family Completed 1949
5
(3 ratings)

Synopsis

Bab 1 Pengenalan Berlari lari di tepian pantai sambil bernyanyi kecil."ulek mayang di ulek,ulek dengan jala jelama"...hatiku tak sabar menunggu kepulangan ayah yang telah seminggu menangkap ikan di laut.Itulah mata pencarian ayah buat kami sekeluarga.Ibu pula suri rumah sepenuh masa.Aku adalah anak sulung dari sembilan adik beradik.Selang kami hanya dua tahun.Aku yang masih berumur 17 tahun akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,manakala adik ku yang kedua pula akan menduduki peperiksaan PMR,adik yang ketiga berumur 13 tahun,yang keempat 11 tahun,yang kelima 9 tahun,keenam 7 tahun,ketujuh 5 tahun,kelapan 3 tahun dan yang terakhir yang kesembilan 1 tahun. Dari jauh aku telah melambai lambai tangan ke arah bot yang di naiki ayah bersama kawan kawannya.Setibanya ayah terus aku memeluk ayah yang kelihatan amat penat sekali."Maziah,mak dan adik adik sihat ke?ayah bertanya."Ye kami semua sihat baik baik je yah" jawab ku.Kami terus pulang kerumah sambil bersembang kosong.Sampai saja di rumah aku terus memasak dan di bantu oleh adik ku yang kedua bernama mahani untuk kami sekeluarga makan.Manakala mak sibuk melayan adik adik ku yang masih kecil.Selesai semua makan malam aku dan mahani mengemas apa patut,kerana aku dan adik adik yang masih bersekolah harus mengulangkaji pelajaran.Ayah dah tentu tidur di sebabkan terlalu letih,begitu juga mak.Setelah aku dan adik adik siap mengulangkaji pelajaran,kami pun tidur. Awal pagi aku bangun seperti biasa aku akan megejutkan adik adik yang bersekolah untuk pergi ke sekolah."Kak ziah,masih tak ada sarapan pagi lagi ke"?"kan ayah dah balik, bawak ikan banyak semalam",tanya adik ku yg ketiga midin."midin jangan gitu...masih tak paham lagi keadaan keluarga kita ke"?,"kita kene berjimat lauk yang ayah bawak balik untuk beberapa hari akan datang ni",kata ku."midin lapar la kak ziah,macam mana nak belajar dalam kelas nanti","ok kalau gitu boleh tak bagi midin sikit duit belanja untuk beli roti kt kantin sekolah nanti",kan kak ziah ada duit sebab kak ziah kerja dengan makcik yah buat keropok ikan tu".Sedih hatiku terhadap adik adik ku."Nah ambik ni tapi berjimat midin,gaji kak ziah tak banyak mana pun",duit gaji yang kak ziah dapat untuk membeli keperluan sekolah kita kita je". Setibanya di sekolah aku akan duduk di bangku yang berada ditaman kecil sambil bersembang kosong bersama kawan kawan ku Kartini,Saleha dan Zubaidah sehingga bunyi loceng untuk masuk ke kelas.Di dalam kelas masing masing menumpukan perhatian pada cikgu yang sedang mengajar,tetapi tidak pada aku,aku tak boleh menumpukan perhatian sepenuhnya oleh kerana aku sering memikirkan keadaan aku sekeluarga yang amat daif.Loceng telah berbunyi menandakan waktu untuk keluar rehat.kawan kawan ku yang bertiga tu terus keluar dari kelas menuju ke kantin untuk makan,dan macam biasa mereka tak akan mengajak aku,kerana mereka dah tahu jawapan dari aku yang aku akan cakap aku dah sarapan dirumah,masih kenyang lagi.Aku melangkah keluar dari kelas munuju di belakang makmal sekolah yang berhampiran paip air.Jika dahaga aku akan meminum air di paip itu sehingga hilang dahaga dan duduk di belakang makmal sekolah semula sehinggalah bunyi loceng untuk masuk ke kelas.Begitulah rutin aku setiap hari.Aku memandang diri aku yang berpakaian sekolah yang lusuh,comot,kasut yang dah terkoyak di hadapan dan di belakang.Dengan tidak semene mene air mataku mengalir tanpa sengaja.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

QueeNerrA@BabyBear

17 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience