Sebuah percintaan tanpa perbezaan darjat namun , memiliki konfilk kehidupan yang sama , kehilangan orang yang tersayang membuatkan mereka sedikit sebanyak menanamkan di dalam hati untuk tidak menerima kehadiran seseorang dengan begitu mudah . Bermula dengan Aisyah menyukai Amirul secara diam sejak di Bangkok sekolah namun , dikecewakan yang amat sangat membuatkan Aisyah cuba untuk melupakan kisah pahit tersebut. 10 tahun berlalu Aisyah mula membuka hatinya dengan menerima lamaran sahabatnya Zarrul . Malang menimpanya apabila pada hari bahagia , Zarrul mengalami kemalangan yang dasyat sehingga mayatnya tidak dapat ditemui . Kisah yang disangka menjadi pengakhir cerita cintanya ternyata salah . " Abah tak kira, perkahwinan ni mesti diteruskan ! " Tan Sri Mokhtar berkata selepas melihat kawanan tetamu yang berada di sebalik pintu. " Abah..abah tau tak apa yang jadi sekarang ni ? Zarrul bah Za.. Zarrul hilang bah. Abah nak Aisyah kawin tanpa jasad ka bah ? " Aisyah tidak peduli lagi riasan yang berada di wajahnya. Tangisnya pecah " Syah tak da pengganti ke ? " Kata tu bukan sahaja mengejutkan Aisyah namun isterinya Sara turut terbungkam mendengarnya. Baru sahaja Aisyah ingin mencela, terdengar suara ketukan dari arah pintu. TOK ! TOK ! " Maaf ganggu, saya sanggup gantikan tempat Zarrul " Akan ka majlis perkahwinan itu berlangsung dengan sempurna ? Mampuka Aisyah menerima kembali cinta yang menjadi benci ? Akan ka Zarrul dapat kembali untuk merebut hak miliknya ?
Update 06 December 2024