BUKAN BIDADARI SYURGA

ZULEYKA IEYKA

Romance Completed 11920
4.9
(14 ratings)

Synopsis

“Danish?” tegur Syafiq. Mirlina terpana melihat kehadiran Syafiq yang mengenakan kemeja berwarna biru lembut. Sangkanya Danish yang datang, kerana hanya Danish yang suka mematikan suis elektrik yang membekalkan tenaga kepada pembersih vakumnya. “Sorry, Syafiq! Aku ingatkan…. Danish tadi…” Mirlina meminta maaf. “Rindu kat Danish ke?” sengaja Syafiq bertanya. “Rindu!” laju sahaja mulut Mirlina mengucapkannya Biji mata Syafiq terbeliak. Salah dengarkah telinganya ini? “Betul kau rindukan dia? Aku serius ni,” tegas Syafiq kemudian. Syafiq memberi isyarat tangan supaya Mirlina turut duduk bersamanya di atas kerusi yang terdapat berhampiran dengan mereka. Mirlina menurutinya. Bukan senang bos nak ajak rehat-rehat waktu kerja macam ni. Sekarang peluang dah datang. Apa lagi, kita enjoyyy…. Mirlina menyandarkan badannya ke belakang kerusi sambil memejamkan mata… hmm… leganyaa… Mirlina seakan terlupa untuk menjawab soalan Syafiq. “Danish suka matikan suis macam yang aku buat tadi ke?” Syafiq sudah mengutarakan soalan lain.


Share this novel

Rate this story


Comments

Jabbar Basri
2020-02-24 

bestnya...

Miss Meen
2017-05-14 

h

ZULEYKA IEYKA

15514 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience