Her Sweetheart(Republish Complete)

Fahizah_Reena

Romance Series 72580
4.8
(568 ratings)

Synopsis

(REPUBLISH COMPLETE) Kisah percintaan bertepuk sebelah tangan Nur Arina - Dia hanyalah seorang kakak angkat kepada seorang jejaka bernama ayyan irhan. Bukan pilihannya, tetapi kehendak jejaka itu memaksa dia menerima pelawaan itu. Tak disangka, sepanjang tempoh hubungan itu, dalam diam hatinya mulai tersentuh dengan kehadiran sang jejaka. Rasa sayang mulai tumbuh sehingga dirinya merasa benci memiliki perasaan ini kepada si dia. Pernah dia angankan untuk meluahkan segala perasaannya kepada ayyan, namun begitu belum sempat ruang itu terbina. Segalanya tercantas sehingga dia terkaku menerima takdir ilahi. Ayyan Irhan - Seorang jejaka yang begitu menyayangi nur arina. Bukan sebagai kekasih tetapi cukup sekadar dia berteduh mengait kasih sayang seorang kakak. Dia sanggup menjadi hero buat arina, asalkan perempuan itu bahagia. Namun, kasih arina menjauh secara mendadak, tanpa sempat dia ketahui apa puncanya. Dia keliru. Dia tidak mahu arina menjauhi dia. Dia merasa kehilangan yang sangat menyeksa jiwa dan raganya. Sebagai jejaka, dia melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan arina semula. Dia inginkan arina rapat dengannya seperti dulu. Dan... Tanpa diduga, sesuatu peristwa berlaku, dan mengubah segalanya... Perasaan cinta tetap terpendam ataupun akhirnya melepaskan diri? Adakah ruang bahagia akan bersinar di antara mereka ataupun, air mata? Cinta... Walau terpisah oleh waktu, Rasa hati ini tetap tidak mampu terbang pergi, Sepertimana aku rindukan wajahmu, Tika kita terpisah dibawa angin sepi. Novel ini hak milik saya. Dilarang ciplak. Berdosa. Start : 2/5/2019 END : 29/12/2019 cover by : @amshalis


Share this novel

Rate this story


Comments

Ejat Mfeo
2022-12-30 

Sedey sgt bc buku ni... dr 1st epi smpi ending... Mngs teruk laaa... Mcm real jek. Skt hati tu smpi sgt... ????

Nadhiraheyra Eyra1986
2022-12-17 

banyak mnngs bila baca novel ni...best sgt2...

Miemi Haris
2022-12-07 

sedihnya ending kisah Ayyanreen ni...tahniah telah berjaya membuatkan sy turut mengalirkan air mata

Fahizah_Reena

738 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience