Janji Dengan Saya

AHClans

Romance Completed 87606
5
(238 ratings)

Synopsis

Qaid merupakan cucu kesayangan Sharifah Sofia yang telah dijaga sejak dari kecil lagi. Segala permintaan Sharifah Sofia sentiasa Qaid turuti sehinggalah dia diminta mencari adik kandungnya sendiri yang bernama Qaleesya. Hatinya berbelah bahagi kerana sejak dari dulu, dia tertanya-tanya kenapa dia ditinggal pergi oleh ibu bapa sendiri? “Kalau Qaid tak keberatan, boleh Qaid carikan Qaleesya untuk nenda?” - Sharifah Sofia. “Qaid akan cuba cari dia,” - Qaid Pertolongan Qaid untuk membawa keluar Zafira dan ibunya, Noni dari rumah pelacuran telah membawa gadis itu pada satu perjanjian. Dia meminta Zafira agar menyamar menjadi adik kandung sementara dek kerana Sharifah Sofia yang terlantar sakit dan mahu bertemu segera dengan cucunya, Qaleesya. “Begini, saya nak awak menyamar…” - Qaid “Dah agak! Awak nak saya menyamar jadi girlfriend awakkan? Atau awak nak kita kahwin kontrak? Macam dalam drama tu!” -Zafira “Bukan,” - Qaid “Habis tu?” -Zafira “Menyamar jadi adik kandung saya,”-Qaid Dan perjanjian itu memerlukan pengorbanan dan kejujuran. “Saya kena pindah?” -Zafira “Awak jangan risau. Segalanya akan saya uruskan. Tempat tinggal, pekerjaan dan apa sahaja,” -Qaid “Kenapa saya mesti pindah? Dan di mana awak akan hantar saya dengan ibu saya?”-Zafira “Saya tak mahu awak terserempak lagi dengan nenda dan selagi perkara ni boleh dirahsiakan, ia kekal rahsia. Tempatnya akan saya beritahu kelak. Cuma buat masa sekarang ni, awak harus bersetuju. Perkara lain, saya akan beritahu dari semasa ke semasa,” -Qaid Namun, hari demi hari, perasaan Qaid dan Zafira berubah. Tanpa sedar mereka jatuh hati antara satu sama lain. “Saya nak kita hentikan semua ni. Tolong bawa saya dengan ibu ke tempat lain seperti yang awak janjikan,” -Zafira “Ya. Saya akan tamatkan semua ni. Saya akan bawa awak dengan ibu ke tempat lain. Dan… saya nak awak jadi isteri saya, Fira,” -Qaid “Tak boleh, Qaid. Nenda nak jodohkan awak dengan Cik Hasya.”-Zafira “Saya akan uruskan semuanya. Nenda tak perlu tahu hubungan kita.” -Qaid “Awak nak saya jadi isteri rahsia awak pula? Dan sampai bila? Kalau semuanya terbongkar, apa akan jadi pada saya dengan ibu? Awak tak fikir semua tu Qaid. Saya dah penat… tolonglah…” -Zafira Segalanya seakan sudah terlambat untuk berpatah balik. Mahu atau tidak, mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka mulakan. Dan saat semuanya terbongkar, janji mungkin hanya tinggal janji. Janji kita… Bisakah tertunai dengan bahagia?


Share this novel

Rate this story


Comments

lily
2024-02-28 

dendam,ego menipu tu semua memusnahkan kebahagian..klau lah nenda x ego msty qaid bahagia ada orang tua..Dan klau qaid x menipu msty awal2 lgi nenda x kn sanggup halau fira..sebb hty nenda syg sungguh DGN fira..

An nur
2023-10-27  1 Replies

best happy ending...

mynn.nnym
2023-10-27  1 Replies

Wahhh dah habis! Congrats AC.. cecepat buat cite baru okehh

AHClans

4680 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience