Dia Bahagiaku

Nafis Nasri

Drama Series 22837
4.7
(25 ratings)

Synopsis

Imran Hakim, seorang lelaki yang sangat baik hatinya telah dijodohkan dengan Nurul Natasha. Nurul Natasha seorang perempuan yang berlagak! Sombong! Kerana teman lelakinya yang telah mempunyai teman hidup atas permintaan ibu bapanya, Tan Sri Zainal mengambil peluang untuk satukan anak perempuannya dengan Imran Hakim. Nurul Natasha akur. Impinya mahu berkahwin sebulan dua. Namun, impiannya terkubur apabila dia mengandungkan anak Imran Hakim. Tetapi, setelah melahirkan, Nurul Natasha tetap dengan keras kepalanya. "Awak ambil RM100 000 ni! Anggaplah saya jual anak saya pada awak! Saya dah tak nak ada kaitan dengan awak dan anak awak ni!" Ya Allah! Sampai begitu sekali bongkaknya Si Nurul Natasha ni! Imran Hakim hanya akur. Dia lepaskan isterinya dan pergi dari hidupnya. Nurul Natasha membawa diri. Pertemuannya di satu tempat telah menyedarkannya. Dia sedar kesilapannya. "Nurul minta maaf, abang. Betul-betul minta maaf. Nurul sedar dosa Nurul pada abang dan anak Nurul." Saat ini, menangis air mata darah sekalipun, Imran Hakim sudah mati hati padanya. Tiada lagi ruang untuk insan bernama Nurul Natasha! Nurul Natasha cuba pujuk dan merayu. Namun, segala rayuannya tidak diendahkan Imran Hakim. Imran Hakim berkahwin dengan wanita pilihan adik dan uminya. Luluh dan hancur hati Nurul Natasha mendengarnya. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Imran Hakim sangka Hanim cinta sejatinya. Namun, perkara berlaku sebaliknya. Imran Hakim kesal kerana bernikah dengan Hanim. Dia mencari Nurul Natasha. Namun, Nurul Natasha sudah pergi. Menangislah! Meraunglah! Tidak akan dapat mengembalikan wanita itu. Imran Hakim merenung ke cincin Nurul Natasha. Erat genggamannya. Bercucuran air matanya jatuh. Dia lalu mencium cincin itu. Hiba rasa hatinya. Rindu bermaharajalela dalam dirinya. Ya Allah! Jangan sesekali kau padamkan dirinya dari hatiku meski mustahil untuk aku bertemu dengannya kembali! Dia nyawaku! Dia cinta hatiku! Dia bidadari syurgaku! Dia bahagiaku!


Share this novel

Rate this story


Comments

ainibakar ainibakar
2023-01-24 

next episode please :)

misz_sry
2021-01-30  1 Replies

Donated 200 nCoins - goodluck:^

Nafis Nasri

37 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience