Completed
708
Jika dihitung tempoh perkenalan ku dengan Mak Esah, ku kira sudah lama. Cukup lama sehingga aku merasa selesa dengan mereka. Bukan Mak Esah sahaja, saya juga kenal Pak Nadir , suami Mak Esah yang kurus kering dan ketagih menghisap rokok daun. Dahulu, sebelum kami sekeluarga berpindah, kami pernah berjiran dengan Mak Esah . Saya pernah menjadi kawan karib kepada anak Mak Esah yang bernama Rohaya . Saya masih ingat lagi tentang Rohaya . Gadis bertocang dua dengan pipi tembam yang suka mengunyah gula-gula getah. Saya menggelar Rohaya sebagai Rohaya tocang dua.
Update 06 December 2024