Ku Masih Pilih Dia

Entahlerr

Romance Series 22396
5
(324 ratings)

Synopsis

"Sejauh mana pun aku berlari, aku masih belum mampu menerima lelaki lain kerana hati aku masih dengannya." IAN FARAHAE atau lebih dikenali sebagai Hae merupakan penutut tahun akhir di sebuah universiti tempatan telah berkenalan dengan sepasang kembar yang kacak. Mengenali pasangan itu membuatkan Hae letih untuk menjalani hari yang mendatang. Bukannya dia tidak tahu bahawa kedua lelaki itu saling menyukainya. Sebenarnya, Hae juga telah menyimpan perasaan yang sama tetapi dia tidak tahu kepada siapakah dia meletakkan perasaan itu. Si abang yang dingin sampai nak pandang sebelah mata pun payah atau si adik yang senyum semanis gula? Aizril atau Haffiy, sungguh Hae memang tidak tahu. "Sebenarnya, kawan baik kau yang cantik itu merupakan girlfriend aku. Baru tiga hari setengah kami bergandingan menjadi pasangan kekasih yang sangat serasi." - Aizril "Bila masa saya jadi girlfriend awak?!" - Hae "Kan ada masa hari Ahad tu awak call saya dalam pukul 6.50 petang... sambil menangis nangis minta saya terima awak jadi kekasih hati yang tersayang? Sebab awak kata awak sangat suka tengok wajah saya yang kacak. Awak kata awak tak dapat tidur malam dan melelapkan mata bila saya kata 'tengok dulu' untuk permintaan awak." - Aizril "Okay... Petang esok, dengan peraturan yang sama, waktu yang sama dan lokasi yang sama, kita adakan pertandingan. Siapa yang kalah, dia kena berhenti kejar Ian Farahae." - Haffiy "Aku taknak. Hae perempuan aku, cinta hati aku. Aku takkan sesekali jadikan dia barang taruhan meskipun terdesak sangat nak raih cinta dia. Kalau kau nak sangat, kau sorang ajelah yang bertaruh. Dan tolong jangan pernah lupa bahawa sekalipun kau menang, aku takkan berhenti daripada buat dia cintakan aku." - Aizril Apabila Hae pasti cintanya milik siapa, dirinya pula yang kecewa. Hae dianiaya! Hae dibuang begitu saja. Dia terbang ke Korea dengan membawa hatinya yang berkeping keping. Di sana, Hae telah bertemu dengan seorang Adam. Ketika hidupnya mula menampakkan sinar, Hae kembali dihantui oleh lelaki yang pernah menjadi pemilik hatinya. Kepada siapakah Hae akan menyerahkan hatinya yang cuma sekeping itu? Lelaki yang mengubat luka dijiwa atau lelaki yang membuat dirinya terluka? [SEDANG DIEDIT]


Share this novel

Rate this story


Comments

Anis Insyirah
2021-10-03 

Hello, I want to promote my story here hiks. Let's read my story "Kau Yang Kedua". I'm waiting for your comment, dear. <333

faeza
2021-06-28 

bila nk update lagi sis

Stella@Tilla
2021-02-26  1 Replies

wow..thanks haffiy tu ada kembar ke?

Entahlerr

119 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience