ASAL USUL GUNUNG SENYUM

AN_NUR_IMAN

Adventure Completed 214
0
(0 ratings)

Synopsis

Kisah gua Gunung Senyum ? Oleh Zubir Mohd Yunus September 20, 2015 @ 12:02am ?PAPAN tanda sebelum memasuki ke Gua Kolam Tujuh. - Foto Zunnur Al Shafiq ?GUA Taman yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. - Foto Zunnur Al Shafiq SEKIRANYA ingin membawa keluarga ke lokasi percutian dan pengembaraan penuh misteri, namun dilatari keindahan alam semula jadi, Hutan Lipur Gunung Senyum dalam kawasan Hutan Simpan Segitiga Jengka di daerah Temerloh, Pahang, adalah pilihan terbaik. Dibuka sebagai kawasan rekreasi pada 14 Julai 1989, Gunung Senyum yang berketinggian 1,549 meter terletak berhampiran inap desa Felda Jengka 25, apabila ramai pengunjung memilih untuk melengkapkan percutian dengan meneroka gunung berkenaan dan melihat keindahan stalaktit dan stalagmit gua batu kapur serta mencari jawapan sejauh mana kebenaran cerita mitos mengenainya. Berdasarkan kajian arkeologi, hutan lipur di sini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di Gunung Senyum yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai belum mengetahui kisah sebenar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang mempunyai lebih 18 gua batu kapur dengan pelbagai nama unik dan klasik. ?SEBANYAK 18 gua batu kapur dalam gunung dengan nama unik dan klasik di Hutan Lipur Gunung Senyum. - Foto Zunnur Al Shafiq Gara-gara pegawai istana asyik tersenyum Dari 18 gua dalam Gua Senyum itu, hanya lapan yang popular dalam kalangan pelancong iaitu Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu, Gua Taman Dua, Gua Gajah, Gua Makam Tok Long dan Gua Silat. Sekiranya berhajat untuk meneroka kesemua gua itu, ia akan mengambil masa sekitar empat jam dan mungkin lebih kerana selain berjalan kaki, pengunjung perlu mendaki dan merangkak dalam sesetengah gua. Berdasarkan fakta sejarah, Gunung Senyum mendapat namanya apabila Almarhum Sultan Ahmad yang memerintah Pahang pada tahun 1863 hingga 1892, ketika itu dalam perjalanan berangkat ke Kuala Krau, Temerloh, terpandang kepada sebuah gunung di tebing kanan Sungai Pahang dan bertanya kepada pengiring baginda, nama gunung berkenaan. Pengiring baginda hanya berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum. Bagi mengelakkan pengiring dan pembesar Pahang berasa malu, baginda bertitah menamakan gunung berkenaan sebagai Gunung Senyum, gara-gara gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum. ?GUNUNG Senyum lokasi popular di kalangan pelancong yang meminati cerita mitos. - Foto Zunnur Al Shafiq Syarat kahwini Puteri Bunian Penulis dan jurugambar ditemani jurupandu gua, Mohd Nizam Mohd Tapar, 39, memulakan penerokaan ke Gunung Senyum sekitar jam 10 pagi selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Pahang. Beliau yang berasal dari Kampung Gunung Senyum memberi cadangan kepada penulis untuk memilih beberapa gua batu kapur yang terkenal dengan cerita mitos untuk diterokai, bukan semua gua kerana dikhuatiri kesuntukan masa. Menurut Nizam, antara cerita mitos paling terkenal mengenai Gunung Senyum ialah kisah si pemikat burung iaitu Tok Long, seorang lelaki budiman berhati mulia, dikatakan pernah berkahwin dengan Puteri Bunian yang mendiami gunung berkenaan. Sebelum berkahwin dengan Tok Long, Puteri Bunian perlu memenuhi tiga syarat. Syarat pertama, Puteri Bunian perlu bersiram di Gua Kolam Tujuh. Keluasannya ialah 15 meter kali 30 meter. Terdapat tujuh tingkat kolam (cata) yang menarik di dalam gua ini apabila setiap cata memiliki ciri-ciri tersendiri. Setiap kali musim tengkujuh, air di dalam kolam ini akan melimpah keluar melalui setiap tingkat kolam, namun punca terbitnya air berkenaan, masih belum dijumpai. Hari ini kolam itu sudah pun kering. "Syarat kedua pula, Puteri Bunian perlu mengeringkan badannya di Gua Angin. Apabila berdiri di Gua Angin, memang kita dapat rasa angin bertiup perlahan ke badan kita dan kawasan di sekitarnya sejuk dan nyaman. "Syarat yang terakhir, Puteri Bunian perlu bermandikan cahaya bulan di Gua Terang Bulan. Selepas ketiga-tiga syarat itu dipenuhi, barulah Puteri Bunian dibenarkan berkahwin dengan Tok Long," katanya. ?GUA Terang Bulan antara gua yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. - Foto Zunnur Al Shafiq Tok Long mungkir janji Selepas berkahwin, Tok Long memperoleh kelebihan apabila berupaya merawat pelbagai penyakit dalam kalangan masyarakat bunian. Selang beberapa purnama (bulan), Tok Long berasa teramat rindu dengan keluarga di kampung halamannya. Lalu, beliau minta izin dengan isterinya untuk pulang sebentar ke alam dunia. Namun, Puteri Bunian beri syarat, Tok Long perlu kembali ke alam bunian dalam masa sebulan. Nizam berkata, Tok Long terlalu gembira dengan kelebihan yang ada pada dirinya sehingga beliau terlupa janjinya dengan isteri. "Disebabkan memungkiri janji, akhirnya selepas lebih satu purnama, Tok Long kembali ke Gua Senyum, namun Puteri Bunian sudah tiada. Tok Long setia menunggu isterinya kembali ke pangkuannya, sehinggalah beliau meninggal dunia, lalu dikebumikan di Gua Makam Tok Long," cerita Mohd Nizam. ?KOLAM yang terdapat dalam Gua Kolam Tujuh di Hutan Lipur Gua Senyum, Temerloh, Pahang. - Foto Zunnur Al Shafiq Siapa bersihkan Gua Taman Satu? Tambah Mohd Nizam, disebabkan cerita mitos berkenaan, ia menjadi tarikan pelancong dari luar negara, terutama Jepun untuk berkunjung dan meneroka keindahan Gunung Senyum, termasuklah kunjungan daripada pelajar sekolah menengah serta penuntut universiti tempatan. Sebelum itu, penulis sempat menikmati keunikan yang terdapat di Gua Taman Satu. Persekitarannya amat bersih, seolah-olah sentiasa terpelihara. Tiada sehelai daun kering atau ranting pokok berselerak di kawasan berkenaan. Menurut Mohd Nizam, tiada pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga kebersihan di Gua Taman Satu. Jadi, persoalannya, siapa yang membersihkannya? ?GUA Kolam Tujuh antara gua yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. - Foto Zunnur Al Shafiq Dari dasar laut Pokok yang tumbuh di sini secara berpasang-pasangan. Difahamkan, di sinilah tempatnya Puteri Bunian bermain-main dan bersiar-siar. Penerokaan ke Gua Taman Dua bertambah unik. Di kawasan berkenaan, terdapat puluhan batu karang yang lazimnya hanya terdapat di dasar laut. Difahamkan, beribu tahun lalu, Gua Senyum ini dipercayai berada di dasar laut. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, di kaki dinding gua berkenaan, terdapat banyak serpihan kulit siput. Justeru, Hutan Lipur Gunung Senyum perlu terus dipelihara supaya tetap menjadi produk pelancongan utama di daerah Temerloh. Kemudahan prasarana perlu dinaik taraf untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong. Pengunjung inap desa yang menetap sekitar Temerloh, Jengka dan Maran, paling kerap memilih Gunung Senyum sebagai destinasi wajib lawat untuk melihat sendiri sejauh mana kebenaran cerita mitos yang digembar-gemburkan


Share this novel

Rate this story


Comments

AN_NUR_IMAN

1 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience