Chloe

almond

Action Series 1341
5
(4 ratings)

Synopsis

Diburu oleh mafia, di selamatkan oleh beast di hidupkan oleh roh.. kehidupan seorang gadis yang mempunyai kisah silam yang kelam membuatkan dia berusaha sendiri keluar dari ikatan kisah itu, mencari seorang wanita yang membawanya ke dunia yang kejam.. * * * 10 tahun lepas.... Hidup aku tak bermakna.... Menahan perit tanpa diduga.... Hidup merana.... Kerana kecelakaan dua pihak "KAU PENGKHIANAT!" Satu bunyi tembak dari senjata M4Rifle tepat mengenai dada wanita dan satu lagi di dahi wanita itu. Sepantas itu nyawanya sudah habis. Budak lelaki yang melihat kejadian itu lantas memeluk tubuh yang tidak bernyawa, ibunya. Menangis sekuat kuatnya. Seorang budak perempuan yang polos bergaun merah putih menangis dengan penuh ketakutan. Apa yang dilihatnya tidak diduga. Darah mengalir di setiap mayat itu membuatkan dia seperti budak sial. "Papa! Apa papa dah buat! " Jerit anak perempuannya itu. Tidak sangka ayahnya yang dianggap hero ialah penjenayah. Lelaki itu menghiraukan anaknya. "Papa!" Kesabaran mula menipis apabila melihat ayahnya berdiam diri. Bunyi helikopter menuju rooftop di mana kematian ibu budak lelaki itu. Lelaki itu mula kalut. Lantas dia mendukung anak perempuannya walaupun anaknya berulang kali memukul dada sasanya. Lelaki itu berlari meninggalkan budak lelaki bersama mayat ibunya. Semenjak dari itu.... "Papa... Papa..." Kini gadis itu berumur 19 tahun. Cukup untuk faham apa yang berlaku, pisau masih lekat di dada. "Chloe..." Tangan yang sudah berlumur dengan darah menyentuh pipi anak gadisnya. Nafas yang seakan nyawa ikan cuba bertahan demi melihat anaknya. "Tinggalkan papa ... Selamatkan diri kamu sebelum misil dilepaskan.. Ambil kotak ini .. Pakai supaya.... Kamu tahu siapa kamu, carilah dia ..... Papa ... S-sayang k-k-kamu" Lelaki itu tidak dapat bertahan. Dia menghabiskan wirayat hidupnya dengan ayat itu. * * * p/s: kisah ni hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal.. actually nana pernah published story ni dan unpublished balik disebabkan kekangan idea dan masa, story ni bermula apabila nana berumur 13 yang masih buta dalam dunia novel.. harap korang yang membaca story ni tegur nana jika ada kekurangan dalam story ni, happy reading.


Share this novel

Rate this story


Comments

aleyafarz
2020-12-24 

nice story

chryst
2020-07-21  1 Replies

wah. baca prolog je dah best....

almond

4 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience