Black Rose

The Aina Nabila

Romance Series 2750
5
(1 ratings)

Synopsis

Apalah yang ada pada seorang novelis yang mempunyai latar belakang yang sederhana dan bermasalah jika ingin dibandingkan dengan seorang wanita yang berharta seperti yang sentiasa keluar majalah dan akhbar itu? Hmm entahlah. Tapi apa yang pasti adalah novelis itu yang tetap menjadi sasaran. Kamelia Anissa Binti Yusuf atau lebih dikenali dan selesa dipanggil sebagai Kay adalah seorang novelis yang hanya dikenali di dalam dunia penulisan kerana hasil karyanya sering memperoleh tempat pertama di dalam carta buku fiksyen romantis terbaik di kedai buku di seluruh Malaysia. Namun gadis itu sangat berpegang teguh pada prinsip 'Action is better than talk' kerana padanya tidak semua orang mampu melakukan sesuatu selain mampu berkata kata. Selalu, dia yang menulis serta mereka sebuah jalan cerita tentang hidup watak di dalam novelnya tetapi adakah dia mampu menulis tentang jalan cerita hidupnya sendiri? Hidupnya boleh dikatakan tidak seindah novel namun semuanya berubah apabila dia ditemukan oleh jejaka misteri bernama Rafael Harith yang mempunyai pelbagai rahsia tersembunyi. Bagaimanakah seorang novelis dan seorang lelaki misteri boleh disatukan di dalam sebuah cerita? Mampukah dia menjadi 'happy ending' seperti di dalam sebuah novel? BLACK ROSE


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

The Aina Nabila

0 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience