Ajaibnya Cinta Kita

Fazlina B

Romance Completed 11901
4.9
(18 ratings)

Synopsis

Saat munculnya sebuah teksi yang dinanti-nantikan, aku lantas bangun daripada terus duduk. Beg roda yang terletak elok di tepi mula ditarik. Rayyan di sisi langsung tidak diendahkan, seolah-olah lelaki itu sekadar patung bernyawa.Baru sahaja aku ingin membuka pintu teksi, tiba-tiba, tanganku digenggam kemas. "Nina, tolong jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan awak, Nina. Saya sayangkan awak, cintakan awak. Tolong jangan perlakukan saya sebegini. Saya tak boleh hidup tanpa awak," berbunga-bunga sahaja kedengaran rayuan itu di pendengaranku. Aku tersenyum sinis, mengalihkan pandangan ke arah wajah kacak persis Taylor Lautner itu.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Fazlina B

15780 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience