Adam Mikael bin Dato' Ahmad Harun . Pewaris kedua Syarikat AD Bina . Itu bermakna lelaki itu merupakan seorang anak usahawan yang berjaya . Wajah yang tampan , tinggi dan berwajah seolah kacukan itu sentiasa menambat hati para wanita diluar sana . Bukan itu sahaja , lelaki itu juga seorang kaki perempuan atau lebih sopan digelar 'buaya darat' . Adrean Aqilah . Sekali mendengar namanya , pasti akan dianggap dia seorang lelaki . Namun , dia adalah seorang gadis yang hidup secara bebas . Gadis yang tidak pernah merasai kasih sayang kedua orang ibu bapa kandungnya sendiri . Kehidupannya tidak seindah yang disangka . Pertemuan antara mereka adalah secara tidak sengaja . Bahkan tika itu , Adrean berasa serba salah untuk melayan Adam Mikael apabila lelaki itu berada dalam keadaan mabuk . Setelah mereka berkenalan , Adrean Aqilah mula mengenali sisi gelap Adam Mikael begitu juga sebaliknya . Namun sejahat - jahat Adrean Aqilah , jahat lagi segala perbuatan Adam Mikael . Kerana masa gelap Adrean Aqilah , Adam Mikael yang dalam keadaan amarah sanggup mengungkit kisah yang hanya diketahui oleh mereka berdua . Apakah kebahagiaan akan menemani mereka ? Atau kedukaan ?
Update 06 December 2024
2021-03-04
Keep it Up!
2021-03-04 2 Replies
Keep it Up!
2021-02-19 2 Replies
Donate 200 coins- Bestt. Tak sabar nk tau apa yg jadi lepas ni. Aina doakan kejayaan awak dan karya ni ^_^