Selamanya Cintaku

Elena Hidina

Romance Completed 47926
4.9
(371 ratings)

Synopsis

Sekian lama menyendiri, pintu hati Hazim Ikmal kini diketuk lagi. Hadirnya Sophia Kirana pula menguji hati si duda. Keikhlasan Hazim membuahkan rasa, tanpa sedar Sophia berharap agar dapat menumpang kasih. Berbagai cara dilakukan untuk memikat lelaki dambaannya itu. Namun bukan mudah, jika hati masih merindukan yang sudah tiada. Hazim berterusan dihimpit rasa kesal yang seakan tiada noktah. "Masih belum terlambat kalau awak nak tarik diri. Saya tak nak lukakan awak sebagaimana saya pernah lakukan pada orang lain sebelum ni." - Hazim Ikmal Namun takdir menentukan, Hazim akhirnya menjadikan Sophia peneman hidup yang baharu. Dalam kepayahan, Sophia menghulurkan tangan membantu Hazim keluar dari penyesalan. "Saya tahu tak mudah abang nak lupakan dia. Saya tetap akan tunggu abang. Sampai abang betul-betul dah buka hati abang untuk saya." - Sophia Kirana Ternyata kebahagiaan yang dikecap mereka hanya sementara. Sekali lagi rumahtangga Hazim Ikmal diuji. Dek kerana dendam, nyawa Sophia menjadi taruhan. "Jangan cabar aku, Sophia. Jangan buat aku naik gila! Aku takkan biarkan kau bahagia dengan lelaki tu!" - Iqbal Mampukah Hazim Ikmal mempertahankan rumahtangganya kali ini? Atau sejarah sama akan berulang lagi? Akankah dia kehilangan buat kali kedua? . . . Selamanya Cintaku merupakan sekuel bagi cerita Sumpah Cintaku. Saya sarankan korang baca Sumpah Cintaku dulu kalau nak lebih faham cerita ni. Terima kasih my lovely readers P/s: slow update cam biasa heheh


Share this novel

Rate this story


Comments

Bunga Lily
2022-11-29 

jemput singgah novel baru saya yang bertajuk Rumah Tangga Paksaan

Su Ros
2022-01-07 

Kisah hazim dgn hana lbh bbekas di hati..tp bhgia dh hazim akhrnya.

Anis Insyirah
2021-08-04 

maaf menganggu, jemput singgah baca novel saya Suamiku Mr Secret, thanks. khas untuk @Elena Hidina

Elena Hidina

817 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience