Dibenci dan tidak diakui oleh bapa kandung sendiri memberikan keperitan terhadap dirinya. Bukan ini yang dia inginkan tapi, hakikat ini yang perlu dihadapinya. Hilang tempat bergantung menyebabkan dia perlu menagih kasih pada yang tidak sudi. Hidupnya seperti tidak wujud di mata seorang lelaki bergelar, ayah. Ingin sekali dia merasai kasih sayang itu walaupun sekejap. Seringkali dia berdoa mengharapkan ayahnya akan menerima dirinya itu. Untuk sekali sahaja. Aku ingin merasai apa yang kau rasa! - Warda Sofea. Aku akan bagi apa yang kau nak! Aku tahu kau nak sambung belajar di korea sana. Jadi, aku akan tunaikan dan tanggung segala kos perbelanjaan dekat sana. Tapi, kau kena tolong aku. Jaga isteri aku sampai dia sembuh. - Tan Sri Zubari. Doa yang dipintanya akhirnya tercapai walaupun sekejap. Dia dapat merasai sedikit kasih sayang, walaupun itu hanya lakonan sahaja. Bukan itu sahaja, dia dapat sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan selama ini. Cinta yang bukan miliknya. Walaupun saya tak ingat apa-apa tapi, nama awak sentiasa terpahat di sini, Zuhaira. - Athar Hamka. Bila khidmatnya sudah tidak diperlukan, dia dibuang kembali ibarat kain buruk, dan dia nekad untuk pergi tidak ingin kembali lagi. Cukup sudah apa yang dihadapinya selama ini!
View All Chapters (Total 15 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-08-12
sedihnya hidup warda ada dani terpaksa ditolak supaya x mengharap cinta berbalas hamka pula x tahu bila ingatan akan pulih
2024-01-15 1 Replies
adoi kesian warda terpaksa berbohong untuk jaga hati hamka walau hati sendiri tersakiti
2024-01-15 1 Replies
kesiannya Warda, bertambah mslh dia... harap Hamka tak buang Warda slps tahu kebenarannya.. jaga & sayang Warda hingga akhir hayat...