Dia... Bodyguard Luar Biasa

Tia_Amilia

Adventure Series 1172
3.5
(2 ratings)

Synopsis

Ikmal. Dia seorang lelaki biasa. Paras rupa pun biasa. Pendek kata dia biasa-biasa sahaja. Tapi dia ada bodyguard yang luar biasa. *** "Tiga perkara. Pertama, aku tak pernah sukakan Adrian." "Surprise." "Kedua, aku cuma berlakon sukakan Adrian." "O... okey." "Ketiga, aku bodyguard kau." "What?" **** Anggun. Super misteri dan comel orangnya. Kalau dilihat dengan mata kasar, ramai takkan percaya dia adalah bodyguard. Apatah lagi bodyguard luar biasa. ***** "Kau bodyguard aku, cuba fikir sesuatu." "Aku memang bodyguard kau. Aku diajar untuk selamatkan kau daripada penjenayah tapi bukan daripada makhluk berkepala manusia dan berbadan seperti cicak kobeng!" ******* Ini kisah mereka berdua... err... silap kisah mereka bertiga termasuk Adrian yang baru saja putus cinta dan mencari ketenangan di air terjun. Malangnya mereka tersilap hari bulan, terserempak pula dengan sekumpulan penjenayah yang sedang memburu sesuatu di dalam hutan. Maka bermulalah pengembaraan dan percutian yang tak disangka. Oh ya, lupa pula nak tambah pasal Adrian ni... Adrian. Dia handsome. Rupa parasnya bagaikan hero novel. Dia senang jatuh cinta. Dia juga senang putus cinta. **** "Aku rasa aku dah jatuh cinta." "Dengan penjenayah? Kau dah lupa dia acu pistol dekat dahi kau tadi?" "Ya. Akanku ingat pertemuan indah ini sampai bila-bila..." ******


Share this novel

Rate this story


Comments

Tia_Amilia

1 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience