Enaya Adamia

Missyant Hassan

Drama Series 476
5
(1 ratings)

Synopsis

"Enayaaa!!!!!" . "Ihhh,apa lagi la dia ni."Bisik kecil Enaya sambil menjemur pakaian. "Bagi aku duit".Desak Raihan, abg tiri kepada Enaya.Tanpa memandang wajah abg Rai,Enaya menghulurkan Rm50 kepada abg Rai.Abg Rai bergegas keluar dari rumah tanpa mengucapkan terima kasih."kau ingat aku atm ke tiap masa nak minta duit". Omel Enaya dengan suara halus. Enaya Adamia,nama yang dimiliki oleh seorang gadis yg berumur 26 tahun.Si manis berlesung pipit.Memiliki wajah yang comel,berkulit cerah dan bertubuh kecil.Dia adalah anak tunggal kepada kedua orang tua nya.Tetapi,kedua ayah dan ibunya telah berpisah semenjak Enaya masih berumur 7 tahun lagi.Ibu Enaya telah memenangi hak penjagaan terhadap nya disebabkan ayah nya mempunyai perangai yang tidak sesuai untuk menjaganya.Ayahnya seorang kaki judi,pemabuk dan suka berhutang. Ibu Enaya telah berkahwin baru dengan seorang duda anak 2.Malah kedua duanya anak laki-laki. "Abang Rai,enaya tak suka.Abang Karl baik,tapi jauh.hmmm." Enaya menarik muka masam,sekejap sekejap terlihat sepasang lesung pipitnya yang agak dalam. Raihan kembar kepada Raikarl.Tetapi perangai dan persamaan jauh sekali berbeza.Raihan memiliki sikap yang sama seperti ayah kandung Enaya,gemar berjudi,pemabuk dan banyak hutang.Manakala Raikarl seorang yang baik hati dan merupakan seorang guru matematik.Mana tidak nya Raikarl jarang berada di rumah,hal demikian kerana Raikarl tinggal bersama kawannya di rumah sewa mereka di bandar. "Dan?Kau x pergi gym ke hari ni?" tanya Raikarl. "Tak lah Karl,aku ada latihan taekwondo hari ni.Rasanya next week aku free,kita on." Balas Aidan. "ooo yaahh,okey lah kalau macam tu bro Aidan Hakimi,aku gerak dulu". Aidan Hakimi seorang yang boleh dikatakan memiliki rupa paras yang agak menarik,handsome,tinggi lampai dan berkulit sawo matang.Tetapi sedikit pendiam,cool dan tidak banyak cakap.Dia seorang yang agak tegas dalam melakukan pekerjaan dan pernah dipuji selepas berjaya menahan penjenayah dalam operasi penangkapan ahli kongsi gelap secara besar besaran.Jam menunjukkan pukul 11 malam.Aidan yang keletihan merebahkan badannya pada sofa ruang tamu.Lalu terlelap. "Ibu nak makan apa hari ni.Abg Karl ada kirim duit sikit".Enaya berbisik apabila bercakap pasal duit kepada ibunya.Takut didengari oleh abg Rai. "Hmm apa² je naya.Ibu tak kisah.Asalkan abah nak makan je.Kalau abah Naya tak nak makan,itu yang ibu risaukan".Mendengarkan itu,Enaya memandang ayah tirinya yang sejak tahun lepas terbaring kaku selepas mengalami kemalangan yang agak teruk sehingga menyebabkan ayah tirinya lumpuh. "Hahhh,nasib baik ada abg Karl.kalau nk harapkan duit Naya sorang mana la dapat.Nak cari kerja kat bandar takde orang nak tengok tengok kan ibu dengan abah.Hmmmm,biar lah abg Karl je kerja jauh.Naya kerja kat bakery kak Siti sampai tua bongkok pun takpe". Keluh Enaya sambil tersenyum sinis. Kedengaran bunyi handphone berdering. "Eh,panjang pulak umur dia ni.Abang Karllll." "Naya,abah mana?abg nak tengok kejap." Pinta Raikarl. "Ada tu haaa..abah baring.Naya baru lepas suapkan abah bubur.Abah cakap dia bosan.Dia nak makan ayam kfc.Hahahahaha." gelakan suara Enaya agak kuat walaupun jenis suara nya lembut dan halus.Sesekali Aidan menjeling Raikarl yang sedang bervideo call dengan adik nya.Tetapi Aidan belum berkesempatan walau sekali pun untuk melihat bagaimana rupa wajah adik tiri Raikarl. "Hmmmm,iya iya lah Naya..agak agak lah abah nak kfc..Jangan - jangan Naya sendiri tak..kalau nak,abg kirimkan duit untuk Naya,ibu dengan abah.. " Eh,masih ada lagi la baki duit yang abang Karl bagi bulan lepas..tapi...hmmmmm". Enaya hentikan percakapan. " tapi apa Naya?" soal Karl... " Abang Rai selalu mintak duit Naya " Enaya mencebik manja.. "Lepas ni,kalau abang Rai mintak mintak duit Naya lagi,bagitau abang Karl...biasa dia tu.Ok lah Naya,abang off dulu.Lain kali abang vc lagi". "Yes sir!!!" usik Enaya nakal. "Rapat ehh kau dengan adik tiri kau". soal Aidan. "Ye,rapat.sebab dia adik aku..hmm,ye..walaupun adik tiri.aku dulu kesian tau dekat dia.Masa tu umur aku dengan Raihan 11 tahun,Naya 9 tahun.Ayah dia selalu datang rumah mintak duit mak dia,mak tiri aku lah.Habis dipukul nya mak tiri aku,Naya masa tu aku tengok macam trauma sangat..sebab dia sembunyi kat bawah tangga dengan badan menggeletar.ohh yaa,kaki dia kan,ada bekas macam kena cucuh dengan rokok..hahh,kira macam tu lah.Apalagi abah aku,kau ingat abah aku nak duduk diam ke?" cerita Raikarl panjang lebar. kringggggggg....kringgggggg...Aidan menjawab panggilan.. " Hahh bro,aku ada tugas urgent..esok lah kau sambung balik cerita pasal Enaya kau". Aidan bergegas pergi.. " Ehh,rasanya ni dah kali ke 20 cerita aku tak habis lagi,dia kena panggil..hmmm,macam ni lah,ada kawan,kawan polis..ada kawan polis,kita cakap separuh separuh.hmmm". Raikarl menggeleng.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Missyant Hassan

7 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience