PERANGKAP CINTA MR. KASANOVA

AniRose

Romance Series 171172
5
(2032 ratings)

Synopsis

AniRose datang lagi! muahaha... Kerana salah sangka, dia dihalau dari rumah. Dek kerana merajuk, dia merantau ke ibu negara. Nina Kaisara, kisah hidupnya bermula apabila dia diperangkap oleh seorang kasanova terkenal iaitu Tengku Ezhrin Khair Hayyan. Pewaris tunggal KING EMPAYAR HOLDINGS. TENGKU EZHRIN- Kerana dikecewakan cinta, hidupnya berubah 300 darjah. Wanita, hanyalah mainan baginya. Tidak pernah terdetik untuk dijadikan isteri. Sehinggalah dia bertemu dengan Nina. Hati yang sudah kelam dikubur cinta, kini mula segar dan mekar. Namun, agenda daddy nya memisahkan mereka. cinta yang mula berputik kini hampir layu semula. NINA KAISARA- Kerana kecantikannya, dia dinodai. Kerana perangkap Tengku Ezhrin untuk berkahwin dengannya, dia dibenci oleh lelaki itu. TENGKU KALAM ARYA- Kehadirannya membuat cemburu berluas luasa dihati Tengku Ezhrin. Lelaki upahan ini, berjaya membawa wataknya sebagai tunang upahan Nina Kaisara. Sangat mencintai Nina Kaisara dan mula jatuh hati sewaktu dia terpandang wanita itu disebuah kelab malam. Setiap kesusahan Nina, Kalam ada disampingnya. Membuat hati Nina berbelah bagi. Kerana satu klip video, Nina membenci Tengku Ezhrin. Puas lelaki itu mencarinya untuk memperjelas hal sebenar, namun tidak ditemuinya. Kematian $$$$$$ membuat Nina sangat membenci suaminya. Tengku Ezhrin sudah hilang arah. Dia sangat kecewa. Hampir saja menamatkan riwayat hidupnya. Kehadiran cinta pertamanya memberi nasihat, membuat dia kembali ke pangkal jalan. Dia mula mendalami islam. Cuba mencari cinta SEBENAR. Setiap hari dia akan ke masjid untuk solat dan mendengar ceramah. Hatinya mula tenang, jiwanya sudah tidak berasa kosong. Mencintai yang Esa dahulu barulah mencintai hambanya. Dia sudah tidak lagi bergelar Mr. Kasanova. Misinya sekarang, memujuk cik isteri tercinta. Tak kiralah apa yang berlaku, dia tidak kisah.


Share this novel

Rate this story


Comments

Mawar Laharu
2023-10-26  1 Replies

tahniah & thanks you author....best

An nur
2023-10-25  1 Replies

best hbis baca marathon...terima kasih author...

babybiy
2023-10-25  1 Replies

terima kasih author akhirnya sampai ending..lama sis menunggu cerita ni utk update.. nasib terbaca kat FB Novelplus... tahniah dan terima kasih... teruskan berkarya

AniRose

443 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience