SEMALAM YANG PERGI

Amieda Amee

Drama Completed 104301
4.9
(355 ratings)

Synopsis

‘Adakah cinta kita hanya tinggal dalam memori semalam?’ Kerana satu peristiwa, ALDI ERFAN meninggalkan keluarganya. Dia mengembara jauh ke sebuah kampung lalu dipertemukan dengan NURA SAFIYYA. Demi menyelamatkan maruah keluarga Nura, Aldi bersetuju untuk menggantikan tempat tunang Nura yang ditangkap berkhalwat beberapa hari sebelum pernikahan mereka berlangsung. Tanpa cinta, Aldi dan Nura melayari bahtera perkahwinan bersama. Tika cinta mula hadir, dugaan datang menimpa apabila sesuatu yang tidak diduga berlaku. Aldi dan Nura terlibat dalam satu tragedi di tengah lautan. Dan mereka berdua terpisah jauh. Sebaik bangun dari tempoh tidak sedarkan diri, Aldi mendapati ingatannya terhadap tempoh setahun bersama Nura di kampung ‘lenyap’ dari fikiran. Manakala Nura kehilangan suara akibat impak dan trauma daripada kemalangan tersebut. Aldi kembali semula ke kehidupan asal sebelum dia mengembara ke kampung. Menjawat jawatan penting di sebuah syarikat besar serta mempunyai seorang tunang. Dan Nura pula menjalani kehidupan di kampung sendirian sambil meratapi pemergian suaminya yang disangkakan telah meninggal dunia di lautan. Nura kemudian berhijrah ke bandar bagi merawat kehilangan suara yang dialami. Tanpa Nura duga dia dipertemukan semula dengan Aldi. Malangnya Aldi langsung tidak mengenalinya. Tiada sedikit pun memori bersama Nura di dalam kotak ingatan Aldi. Malah, Aldi turut salah sangka dan menganggap Nura sebagai ‘peminta sedekah yang bisu’. Kecewa, Nura membawa diri dan nekad mahu melupakan segala kenangan bersama Aldi. Untuk menyara kehidupan sementara di ibu kota, Nura bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat. Tanpa Nura tahu syarikat tersebut dimiliki keluarga Aldi. Takdir seakan terus mencaturi hidup mereka. Aldi dan Nura dipertemukan sekali lagi. Dan saat ini Nura bertambah kecewa apabila mengetahui bahawa Aldi bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya tidak lama lagi. Mampukah Nura buktikan bahawa dia adalah isteri Aldi yang sebenar? Adakah ingatan Aldi terhadap Nura akan kembali? Dapatkah Aldi menerima kenyataan bahawa Nura adalah isterinya?


Share this novel

Rate this story


Comments

Normaniza
2025-08-07  2 Replies

Tahniah author AA…happy ending, tqvm

Hamzah Asadullah
2025-08-07  2 Replies

Tahniah Amie, bahagia milik Nura dan Aldi. Semoga Amie terus berjaya dalam bidang ini

IzaLan
2025-08-07  1 Replies

Tahniah amie, akhirnya kebahagiaan milik Aldi & Nura setelah berjaya mengharungi segala badai suka duka dlm episod rumahtangga mereka. ❤️

Amieda Amee

3613 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience