Selepas Nur Adriana Sofea kehilangan keluarga yang tersayang atas alasan yang tidak langsung disangkakannya, kini dia terikat janji dengan seorang Firash Al Adam. Di mana ada masalah, di situ ada seorang Adam. Firash Al Adam yang sering menjadi hero tanpa upah membuatkan Nur Adriana Sofea dilanda perasaan segan. Tetapi kepercayaan Nur Adriana Sofea terhadap Firash Al Adam musnah hanya dalam satu malam. Satu tragedi. Bukan itu sahaja, Haris iaitu abang sepupunya yang dianggap sebagai penyelamat terakhir menjualnya tanpa belas kasihan demi mengaut keuntungan. Nur Adriana trauma dengan segalanya. Firash Al Adam yang hatinya sekeras batu kian berubah kerana kelembutan Nur Adriana Sofea. Semakin lama semakin benci kini disulam dengan rindu. Firash Al Adam tidak lagi dapat menafikan perasaan tulusnya terhadap Nur Adriana Sofea. Disaat bahagia datang menyelubungi, timbul pula dugaan dan fitnah yang mengoyahkan jiwa mereka. Masing-masing tersakiti tetapi ingin kembali. Atas dasar ego yang membuak-buak rasa rindu diketepikan.
Update 06 December 2024
2020-04-13
update lg plzzz
2020-01-17
best sgt cerita ni. btw bila nak update ya?
2020-01-14
erm bila nk update dh lm dh ni