Pernah dengar peribahasa kawan makan kawan? Ditikam oleh kawan baik dari belakang, akhirnya dia terperangkap lalu terpaksa memegang status sebagai seorang isteri tiri kepada seorang lelaki eksklusif yang berasal dari golongan bangsawan. Ditirikan oleh seorang insan yang bergelar suami sendiri sudah tentunya amat sakit. Tidak ramai wanita yang sanggup berkongsi kasih, tidak ramai juga yang rela menjadi yang kedua. Namun, wanita itu terpaksa bersetuju demi sebuah maruah. Perkahwinan mereka dirahsiakan daripada umum atas permintaan lelaki itu sendiri namun siapa yang akan terlebih dahulu makan hati kerana syarat-syarat tersebut? Mampukah wanita itu membela nasib sendiri atau sampai ke sudah, tetap sahaja akan ditirikan? "Memang aku yang kedua, namun engkau tetap yang pertama" - Nur Hazura "Jangan pernah berharap yang aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami pada kau, sebab kau hanya akan seksa hati kau, Hazura!" - Tuan Hayrill Iskandar Karya BBP Biri-Biri Putih WARNING: Mature Content 18+ (Mengandungi unsur-unsur dewasa)
View All Chapters (Total 35 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-05-06 1 Replies
MCM mna nk dptkn coin....sbb sye bru je stat bca novel online ni
2023-12-15 1 Replies
Donated 400 nCoins - keep writing
2023-12-15
Donated 400 nCoins - keep writing