Benci! Benci! Cinta

Reen Haifa

Romance Series 6179
5
(8 ratings)

Synopsis

Hati tolonglah jadi kuat Walau aku dah penat Hati tolonglah jadi berani Walau aku bersendirian Hati tolonglah jadi tabah Walau aku dah hampir rebah DHYA ARISSA gadis serderhana yang sangat setia. Namun kerana setianya dia pada seorang lelaki dia diuji dengan rasa kecewa yang hebat. Ya, dia tidak pernah merasa bahagia. Pelbagai dugaan demi dugaan terpaksa dia hadapi. Betapa hatinya dingin dalam percintaan. Dulu, dunia ini dirasakan bagai disimbahi cahaya pelangi, cantik sekali. Mengenali lelaki bernama RAID AMZAR membuatkan hidupnya rasa bercahaya. Indah sungguh bila dirinya dibuai dengan cinta Raid Amzar. Namun impian hanya tinggal impian apabila cinta yang dijaga rapi akhirnya dilanda badai tsunami. Yang tinggal kini hanya kenangan yang tak mampu dilupakan walau sesaat dari fikirannya. Sakit, geram, dendam yang menyesak dada membuat hati gadis Dhya Arissa memberontak. Dan dia nekad tiada lagi cinta dalam kamar hatinya..... Cinta padanya, amat indah untuk dihargai, bagaikan pelangi yang warna bercahaya taktakala selepas gerimis turun. Namun mungkin ia akan hilang sekelip mata . Lantaran kisah cinta silam yang menyakitkan hatinya, membuatkan hati Dhya Arissa menjadi samar-samar untuk menerima cinta kedua dari lelaki bernama RAYKAL HAZIQ. Padanya Raykal adalah segalanya. Hilang kasih pada cinta lama, kasih Dhya Arissa berubah hala. Namun halangan keluarga terpaksa diharungi, ketika hati merah menyala, pertunangan Raykal Haziq bersama teman baiknya ELIZA HANI mencarik semula hatinya. Rawan hati melengkar semula... Membuat Dhya Arissa berkelana... Noted: Jemputlah baca dan vote ye. kalau suka nanti saya update new chapter lagi. Kalau rajin silalah tinggalkan komen sekali.


Share this novel

Rate this story


Comments

Junita Janet
2020-09-29 

update..best

afiqakarim
2019-03-21 

bila nak continue balik...jalan cerita dh best..

msrRabbit
2018-06-28 

best

Reen Haifa

18 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience