ketika kau jatuh pada cinta yang salah

fsyamira

Romance Series 3374
5
(4 ratings)

Synopsis

Qismina Arabella merupakan seorang Doktor. Setelah hampir 3 tahun bertugas di New Zealand , dia mengambil keputusan untuk pulang ke negara asalnya,Malaysia dan membuka sebuah klinik kesihatan di kampung halamannya, Kota Kinabalu, Sabah. Dia ingin kembali setelah sekian lama menetap di negara asing. Lebih-lebih lagi bila hatinya hancur remuk dipermainkan kekasih hatinya Doktor Elbert Abraham yang hanya ingin mengaut kekayaan Qismina. Ameer Rafeeq hidup seperti seorang Cinderella . Rutin kehidupan hariannya hanya lah menjadi hamba dan kuli kepada ayah tirinya yang berhati busuk. Dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga ayah tirinya yang kurang upaya itu. Dia hanya melihat dirinya sebagai seorang hamba yang akan terus terperangkap di dalam cengkaman ayah tirinya itu , segulung Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik miliknya itu tidak bererti apa pun bagi ayah tirinya dan ibu kandungnya. Sehingga pada suatu hari, apabila dia berkenalan dengan Doktor Qismina , hidupnya mula berubah dan dia tekad untuk bebas daripada cengkaman ayah tirinya. Dia ingin lebih mengenali wanita itu, dia jatuh hati pada wanita itu. Qismina merupakan seorang Doktor yang diupah untuk memeriksa keadaan kesihatan ayah tirinya. Qismina juga menaruh hati kepada Ameer Rafeeq . Namun , cinta mereka tidak kesampaian apabila keluarga Ameer Rafeeq ingin menjodohkannya dengan gadis pilihan mereka , lebih-lebih lagi apabila mereka mendapat tahu bahawa Doktor Qismina hidup bebas tanpa pegangan agama. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Adakah Qismina jatuh pada cinta yang salah? Ataupun , Ameer Rafeeq jatuh pada cinta yang salah?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

fsyamira

6 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience