KISAH CINTA KITA (C)

BABY BOY

Spiritual Completed 8794

4.9 (249 ratings)

Synopsis

NOVEL GAY PERTAMA DI NOVEL PLUS ! Kisah cinta mereka yang terlarang telah memisahkan mereka selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di sangka telah menemukan mereka kembali namun segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Jimmy. Perwatakkan Amir juga telah berubah kerana kemalangan tersebut. Muzaimi, atau di kenali sebagai Jimmy cuba untuk menjaga Amir yang sudah berubah perwatakkannya kerana kemalangan tiga tahun yang lalu dengan ini, Muzaimi berharap ia dapat menebus kembali dosanya yang silam namun sekali lagi ada rintangan yang cuba untuk memisahkan mereka buat kali kedua. - Kisah Cinta Kita. ••• "Auntie, please.. Biar saya jaga Amir? Biar saya selalu ada dengan Amir?" Rayu Jimmy dengan wajah penuh harapan. Maria berfikir sejenak.. "Tapi.." Maria hilang kata-katanya. "Saya janji auntie, saya takkan bercinta dengan Amir lagi! sumpah! Saya janji! Niat saya sekarang ni cuma nak jaga Amir. Itu je!" Maria tergamam. Jimmy juga tergamam. Tidak sangka kata-kata itu boleh keluar dari mulutnya tapi sekarang ini yang penting keselamatan Amir. Dia harus ketepikan rasa dan perasaannya dahulu. Maria memejamkan matanya, nafasnya ditarik sedalam dalamnya lalu dihembuskan perlahan. "Ye, setuju. Demi Amir." ••• "Jimmy terima kasih sebab jagakan Amir." Kata Maria dengan senyuman nipis. "It's okay auntie, takde masalah." Jimmy mengangguk, seraut senyuman mengiasi wajahnya Kini giliran Amir pula. Mereka berdua saling berpandangan. Amir merenung mata Jimmy sambil memegang anak patung beruang putih itu dengan erat sekali, lantas Jimmy mengulurkan tangannya. "Hah, tak nak salam abang ke?" Kata Jimmy sambil mengulurkan tangannya. Sepantas sesaat, Amir terus memeluk tubuh Jimmy sekali lagi mungkin ini kali terakhir baginya. Tiada kata-kata yang dapat diberikan oleh Amir. Jimmy tersenyum nipis lalu membalas pelukkan Amir kembali. Belakang Amir ditepuk-tepuk perlahan oleh Jimmy. Selepas beberapa saat Amir melepaskan pelukkannya itu. Tiada kata-kata yang dapat diberikan olehnya saat itu. Amir hanya mampu berlari masuk ke dalam kereta dan mendiamkan diri. ••• "Abang, baik abang pergi dari sini sekarang. Bahaya bang." Kata Syed dengan nada cemas sambil matanya melilau memandang ke kiri dan ke kanan seperti cuba mengelak daripada sesuatu. "Hah? Bahaya? Bahaya kenapa?" Tanya Jimmy sambil merangkul bahu adiknya. Keningnya berkerut setelah melihat kelaku aneh adiknya ini. "Lebih baik abang pergi sekarang sebelum terlambat. Cepatlah!" Kata Syed lagi seboleh-bolehnya dia mahu abang kesayangannya ini pergi dari tempat ini secepat mungkin. "What? Eh, cuba terangkan kat abang. Adik kata apa ni? Abang tak fahamlah. Syed ni kena sampuk ke apa ni hah? Tak suka abang datang sini ke? Kalau marahkan abang sekalipun janganlah sampai halau macam ni." "Bukan! Along! Along tengah cari abang sekarang ni." Balas Syed dengan nada separuh berbisik. "Apa? Kenapa?" Terlopong mulut Jimmy dibuatnya. Jantungnya mula berdegup kencang terasa tidak sedap hatinya itu kembali lagi walaupun tanpa diundang. "Entah, Syed tak tahu. Dia yang suruh Syed cari abang sampai jumpa. Mesti ada benda yang tak elok ni abang. Dia siap tengking-tengking lagi kat Syed tadi. Baik abang pergi sekarang! Tolonglah, Syed taknak tengok benda tak elok berlaku nanti." Jimmy menganggukkan kepalanya tidak mampu dia berkata apa-apa lagi sekarang ini lanta, mula mengorak langkahnya secepat mungkin. Apa yang terjadi selepas itu? Teruskan bacaan anda. Tamat : Selasa, 4/12/2018 (11.23 PM)


Rate this story

Share this novel

Siwon Haikal
2020-05-11  2 Replies

nak tanya sesiapa yang sudi reply, coin yang kita dapat tu boleh withdraw duitkah?

ZieN_Darwisy
2020-05-03  1 Replies

I really like ur style writing for every novel

MysteriuS06
2020-04-13  3 Replies

Best giler..tapi knpa Sya nak Jimmy dgn Amir bersatu eh..aduhh otak Sya dah tak stabil Kut hahhahha

BABY BOY

946 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

ang is the only one

Ang Benson

blah nlah blah......

JARUM-JARUM MASA

AJIB

Teman, menegur bukan bererti mahu menunjuk pandai, menunjuk baik atau warak jauh sekali merasa diri...

Kenapa aku HIDUP?

Tarbiah2

Dulu saya anak tunggal (sampai sekarang pun), ayah kandung saya dah bercerai dengan ibu, dan saya...

BASUH DOSAKU

FIZAH NADMAH

Tiada apa yang ku harapkan pada kebaikan ini, bukan untuk bermegah juga mendabik dada serta alpa...