SAINS-LAH! 2

CATATAN SAINTIS MUDA

Other Completed 536
0
(0 ratings)

Synopsis

Malaysia dan Korea Selatan pernah berkongsi taraf ekonomi dan sosial yang hampir sama pada 1960-an. Namun hari ini, perbezaan jelas ketara antara kedua-dua negara daripada segi kemajuan sains dan teknologi. Korea Selatan gah dengan industri elektronik, automotif dan pembinaan hasil daripada ekosistem sains, teknologi dan inovasi yang lebih maju dan matang berbanding Malaysia. Manakala Malaysia sudah sampai ke tahap tepu dengan isu-isu lapuk, seperti tahap pemahaman sains umum yang rendah, tiada pelapis untuk tenaga kerja mahir dalam masa panjang dan aktiviti penyelidikan sendiri yang masih dalam dilema membina identiti. Keadaan dijangka meruncing berdasarkan laporan New Straits Times (2016), di mana Malaysia bakal mengalami krisis kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang STEM. Berbanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan Jerman yang secara purata mempunyai 30% pekerja mahir, tetapi Malaysia hanya mempunyai 3% sahaja! Jadi, jangan terlalu hairan jika dalam masa terdekat tenaga kerja mahir diimport dari luar untuk menyelesaikan masalah ini. Statistik Kementerian Pendidikan pada 2014 menunjukkan penurunan drastik pengambilan pelajar berasaskan STEM di peringkat menengah, iaitu 21%, berbanding bukan STEM (79%). Ini jauh daripada sasaran asal, iaitu 60% (STEM) dan 40% (bukan STEM). Selain daripada itu, penghijrahan 20% tenaga kerja berkemahiran tinggi keluar dari Malaysia seakan memburukkan keadaan. Berdasarkan bancian oleh Malaysian Digest (2016), faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan adalah bidang STEM dilihat ssebagai bidang golongan elit. Respoden berpendapat pengambilan bidang STEM eksklusif kepada mereka yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja. Dalam kata lain, STEM hanya untuk mereka yang bijak pandai sahaja. Pelajar mempunyai minat yang tinggi, namun tidak berkeyakinan dan risau tidak dapat memenuhi piawaian eksklusif ditetapkan. Faktor kedua ialah bidang STEM tidak memudahkan graduan untuk mendapat kerjaya dengan pantas. Persepsi mereka adalah kurang kerjaya ditawarkan dalam bidang STEM. Responden juga ada menyatakan bahawa laluan pelajar bukan STEM lebih mudah dan lebih menyeronokkan sepanjang tempoh pengajian. Jadi, timbul pula persoalan - adakah pelajar jurusan STEM ini membosankan?


Share this novel

Rate this story


Comments

CATATAN SAINTIS MUDA

15506 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience