Alahaii , Dak Skema !!!

CHINTA

Romance Series 1375
5
(3 ratings)

Synopsis

Leon ibarat teks bergerak yang sentiasa mendukung buku peraturannya. Natasha pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjungi dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mat Skema , seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Leon si penegak keadilan menjadi polis. Natasha , si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Natasha menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Leon pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulalah sebuah kisah percintaan ? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Joharry Joseph pula telah membuat Natasha semakin keliru kerana baru sahaja tergoda lelaki itu. Akhirnya, Natasha memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya. Antara Leon dan Joharry, siapakah yang berjaya menjadi pilihan hati Natasha ?


Share this novel

Rate this story


Comments

scrtrclt
2021-10-14 

best cerita ^_^ next chapter admin?

LIZLI V.
2019-10-30  1 Replies

Best citer ni. BTW Jangan lupa baca cerita saya yang terbaru NOLIN

CHINTA

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience