METEORIS

Niemza Maztain

Action Series 514
5
(24 ratings)

Synopsis

ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang cahaya melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu telah mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik yang tinggal di luar benteng Rionzess ini pula sama sekali tidak peduli. Arash hanya mengetawakan kerisauan abangnya kerana ada berita tentang huru-hara dicetuskan remaja termutasi berkuasa super di kota itu. Baginya, semua itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris.


Share this novel

Rate this story


Comments

Che Da(Ayunifalin)
2021-11-25  2 Replies

Apalah nasib arash tu

Che Da(Ayunifalin)
2021-11-20 

Donated 1000 nCoins - for your brave move and support

Che Da(Ayunifalin)
2021-11-20 

tahniah bdah menulis di Novel Plus, cerita sci fi yang menarik

Niemza Maztain

6 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience