~Kehidupan mewah pelajar universiti kerana ditaja oleh sugar daddies tidak seindah yang disangkakan. Novel ini sudah dibukukan oleh NovelPlus. Boleh dapatkan di Shopee dan Lazada atau di aplikasi NovelPlus. Sinopsis Kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur tanpa tempat bergantung pasti sangat sukar bagi seorang wanita bernama Nur Syafieya. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang untuk menyambung pengajiannya di universiti, menyara bapa saudaranya yang sakit, termasuk adik lelakinya yang masih bersekolah. Tidak boleh tidak! Dia perlu membawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Dato' Rizalman, lelaki tampan yang memiliki segala-galanya kecuali perkahwinan yang bahagia. Dia juga sukar untuk mempercayai sesiapa kerana masa lalunya yang pernah dikhianati. Isterinya Datin Jeslina adalah wanita yang penuh dengan tipu daya. “I just want your money...” - Fieya “Tiada yang percuma di dunia ni, baby!” -Dato' Rizalman. Syafieya akhirnya terjerumus dalam kancah kehidupan sebagai sugar baby (perempuan simpanan) kepada lelaki kaya yang sunyi. Namun, Syafieya sedar kehidupan seperti itu tidak pernah menjanjikan ketenangan dalam hidupnya! Masih adakah peluang untuk insan hina sepertinya mencari keredhaan Allah dan cinta sejati? Published date on NovelPlus:11/4/20
View All Chapters (Total 54 Chapter)
Update 20 September 2023
2023-09-01
kena beli coins jgk ke nk baca habis ? langgan utk sebulan tu tk boleh baca ek
2023-07-06
Donated 200 nCoins
2023-05-22
best novel2 pj...byk2 novel yg ini novel koleksi pj yg saya suka