Mengisahkan seorang perempuan yang baru habis peperiksaan SPM, bernama Nideeqa Elmenda, telah kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nideeqa tinggal dengan mak saudaranya, Mak Kiah serta dua sepupunya, Kamaluddin dan Kamiluddin. Semasa tinggal dengan Mak Kiah, hidup Nideeqa merana seperti kucing kurap. Sesuatu kejadian yang membuat Nideeqa melarikan diri disebabkan sepupunya Kamaluddin cuba memperkosanya. Nideeqa sempat melepaskan diri dan berlari ke pekan sehingga dia tertolak seorang jejaka bernama Kuzyari Afshah. Nideeqa terpengsan dan Kuzyari membawa Nideeqa ke rumahnya. Di sana, Mak Esah, orang gaji Kuzyari, menolong Kuzyari untuk merawat Nideeqa. Ada perselisihan faham antara Nideeqa dan Kuzyari. Namun begitu, Kuzyari setuju untuk tumpang kan Nideeqa sementara menunggu keputusan SPM Nideeqa. Nideeqa terjumpa Mak Kiah di sekolahnya. Dalam pengtengkaran itu, Kuzyari buat pengakuan pada Mak Kiah bahawa dia adalah suami Nideeqa. Setelah perkahwinannya selesai, Kuzyari dan Nideeqa hidup bahagia sehingga ibunya, Puan Kamsyiah, mendapat berita buruk dari rakannya bahawa Kuzyari telah mempunyai perempuan simpanan. Dengan tidak berfikir panjang, ibunya pergi ke rumah Kuzyari lalu menghalau Nideeqa sambil memberi cek berjumlah RM100 ribu agar Nideeqa tidak berhubung dengan Kuzyari lagi. Ketika Nideeqa diusir, dia sedang berbadan dua dan tak sempat memberitahu suaminya. Sejak itu, Kuzyari cuba mencari Nideeqa sehingga dirinya tak tentu arah sementara ibunya memaksanya untuk kahwin dengan anak kawannya, Putri Marjeena. 4 tahun kemudian, semasa Puan Kamsyiah pergi ke alamat yang diberi oleh Penghulu kampung, Pak Azman, dia terperanjat sebab rumah itu adalah rumah anaknya sendiri dan Kuzyari menjelaskan bahawa Nideeqa adalah anak saudara Puan Kamsyiah yang hilang. Mengapa Mak Kiah benci kan Nideeqa? Sanggupkah Kuzyari berkahwin lagi? Adakah Kuzyari dapat bertemu semula dengan isterinya? Apakah nasib Nideeqa setelah diusir oleh Puan Kamsyiah?
Update 06 December 2024
2025-03-11
done
2023-02-06
Salam semua. Novel ini telah dikemaskini. terima kasih sudi menunggu. selamat membaca. ^_^
2021-03-05 2 Replies
best naw..keep update ya