72 Results Found for "Crime"
Riyak yang tersembunyi?

Tarbiah3

0

“Aku tak nak bagi ceramahla…” Kata Ahmad Sunsudin Bin Sardin kepada kawan baiknya, Ayob. “Apahal pulak ni Sunsudin? Jangan.. Kau kena terus bagi ceramah…” Pujuk Ayob. “Umat memerlukan kau. Ceramah kau ramai orang dengar…”Ayob menambah. Sunsudin hanya diam. Matanya berkerut. Kepalanya memandang ke langit. Seakan-akan ada sesuatu yang sedang beliau fikirkan. “Huh…” Sunsudin mengeluh kecil. Nyata kesedihan di wajahnya yang berjerawat itu. “Apa masalah kau actually beb? Cite la kat aku…” Ayob cuba menenangkan Sunsudin. “Aku….” Sunsudin mula berbicara, sambil tangan kanannya memicit jerawat di hidungnya. Pedih tu… “Aku tak nak bagi ceramah sebab aku takut aku riyak…..” “……” Cerita di atas terpaksa di berhentikan atas faktor-faktor keselamatan. Kerana sejurus selepas jerawat Sunsudin di hidung pecah, darah banyak keluar. Kini, beliau sedang terlantar di hospital akibat kekurangan darah. *** Ok. Untuk topic kali ni, saya sengaja nak mulakan dengan sebuah dialog. Sorry kalau ending cerita ni membuatkan korang stress. Tenang, jangan stress-stress. Anyway, korang faham ke apa point yang saya nak sampaikan dalam dialog kat atas tu? Sebenarnya saya nak bagitahu korang tentang SALAH FAHAM ramai orang terhadap apa itu RIYAK. Ramai orang yang dia rasa dia riyak tapi sebenarnya dia tak riyak. Ada orang pulak, dia rasa dia tak riyak tapi sebenarnya dia riyak. Pointnya adalah kerana ramai orang tak faham riyak tu apa. Akibat tak faham riyak tu apa, maka ramai yang tak nak buat certain amalan hanya kerana semata-mata takut riyak. “Aku takutla nak baca quran. Nanti riyak…” “Aku malula nak jadi imam solat isyak. Aku takut aku riyak…” “Sebenarnya aku tak cakap kat depan orang ramai sebab aku takut aku riyak…” Dan sebagainya. So, riyak ni apa sebenarnya? Apakah tanda-tanda riyak? Apakah kesan riyak? Macamana nak tangani isu riyak ni? Dan apakah salah faham yang sering berlaku berkaitan riyak ni? Jom kita terjah satu persatu. Baca sampai habis! Yeah!

MAWAR

DON'T ASK

4.2

MAWAR sudah mencari bahan-bahan untuk melaksanakan ilmu sihirnya. Dia tidak mahu berlengah-lengah. Dia tidak sabar mahu menggunakan ilmu pelet itu kepada Tuan Malek. Dia mahu lelaki itu tunduk di kakinya. Dia mahu lelaki itu mengikut segala kata-katanya. Mawar duduk bersila. Segala pintu dan jendela dibiliknya telah ditutup dengan rapat. Hanya cahaya lilin yang menemani. “Kau akan bantu aku kan?” Mawar tahu lembaga itu ada di belakangnya. “Kau dah bersedia?” Mawar tersengih. “Aku dah lama bersedia.” Mawar mengeluarkan foto Tuan Malek. Foto itu telah berjaya di curi dari album gambar Tuan Malek. Dia mencerobohi masuk ke bilik lelaki itu secara senyap-senyap. Gambar itu diasapkan pada kemenyan yang sudah bakar. Mawar terkumat-kamit membaca jampi yang dibisikkan ke telinganya. Gambar itu digulung lalu memasukkan gambar itu ke dalam botol. Botol itu digantungkan. Ini hanya satu permulaan. Tuan Malek yang sedang lena di kerusi rehatnya itu tersedar dari tidur. Seluruh tubuhnya berasa sejuk hingga ke tulang sum sum. Pandangan matanya mulai kelam. “Abang!” tubuh Tuan Malek dipaut oleh Puan Halida. “Kepala abang rasa pening.” “Abang rehat dalam biliklah.” Puan Halida membantu suaminya itu melangkah. Anak perempuannya yang sednag bermain itu dibiarkan bersama orang gaji mereka. Tuan Malek berbaring di atas katil. Lengannya diletakkan pada dahi. Tidak pernah dia berasa tubuhnya lemah begini. Sakit kepala yang mencengkam menambah rasa berat pada tubuhnya. Puan Halida kembali dengan segelas air dan ubat. Dia membantu suaminya itu bersandar pada katil. Dua biji pil dihulurkan. Tuan Malek menelan ubat tersebut. Air kosong itu diteguk hingga habis. “Jangan fikirkan sangat soal kerja-kerja di pejabat.” Desis Puan Halida. Tuan Malek tidak membalas. Dia memenjamkan matanya. Wajah Mawar menerpa. Terus saja dia membuka matanya kembali. Kenapa wajah gadis itu berada di ruang matanya? Gadis itu tidak pernah penting dalam hidup Tuan Malek. Ya, Mawar cantik tetapi gadis itu hanya sekdar satu persinggahan di kala dia kesunyian tanpa teman. “Abang…” “Keluar!” Puan Halida hanya menurut. Pintu bilik itu ditutup perlahan-lahan. Jika dia melawan kata hanya pertelingkahan berlaku antara mereka. Dia perlu mengalah. TUAN MALEK menggelisah. Wajah perempuan-perempuan yang dilihatnya akan terpapar wajah Mawar di situ. Apa yang tidak kena pada dia? Tuan Malek mengaturkan langkah panjang masuk ke bilik pejabatnya. Tuan Malek melurut rambutnya ke belakang. Tali lehernya dilonggarkan. Dia menghenyak punggung pada kerusi. Komuter riba segera dihidupkan. “Aku tahu kau rindukan aku…” Suara halus Mawar seperti berbisik-bisik manja di corong telinga. Tok! Tok! Pintu bilik pejabat itu diketuk. “Masuk!” Gadis yang menjadi setiausahanya itu meletakkan fail di dada meja. Tuan Malek mengangkat kepala. Wajah Mawar yang sedang tersenyum manis kelihatan di depan mata Tuan Malek lagi. Tuan Malek mengalih pandang. “Keluar!” “Tapi Tuan Malek, dokumen ni kena sain segera.” “Keluar!” Tuan Malek meninggikan suara. Gadis itu meninggalkan fail terbabit terus di meja Tuan Malek. Dia keluar tanpa banyak bicara. Tuan Malek mencapai fail tersebut lalu menurunkan tandatangannya. Dia menutup fail tersebut lalu ditolak ke tepi. Dia mula merasakan seperti ada tangan memeluk tubuhnya dari belakang. Jemari halus bermain di wajahnya. Dia jadi asyik. Namun, hanya seketika. Dia bangkit dan memusingkan tubuhnya. Tiada seiapa. Jantungnya berdengup laju. MAWAR menghayunkan buaian. Dia yakin bayangan wajahnya sedang menghantui fikiran Tuan Malek. Mawar ketawa kecil. Lembaga yang bersamanya itu bertenggek di dahan pokok. Dia seronok mendampingi gadis itu. Dia sukakan warna hitam hitam yang makin menebal tumbuh di hati Mawar. “Selepas ini, aku tidak perlukan perlindungan dari sesiapa lagi.” “Kau angkuh sekali. Kau lupa yang aku melindungi kau. Tnapa aku usaha kau itu tidak berjaya.” “Benar, tanpa kau apa yang aku ingin lakukan itu tidak berjaya.” Mawar terus menghayunkan buaiannya. “Mawar,” Zakuan muncul di belakang adiknya itu. Dia mulai perasan yang Mawar sering kelihatan bercakap sendirian kebelakangan ini. Mawar akan ketawa dan senyum sendirian. Mawar menoleh. Dia melompat turun dari buaian. Dia memaut lengan abangnya itu. “Lepas ini, abang tak perlu bersusah hati pasal Mawar lagi. Mawar sudah boleh jaga diri Mawar.” “Mawar, abang tetap bimbangkan Mawar. Abang kan dah janji akan lindungi Mawar selagi abang bernafas.” Mawar senyum. Dia melekapkan kedua telapak tangannya pada muka Zakuan. Dia suka memandang mata jernih Zakkuan. Mata itu menenangkan hatinya. “Mawar dah ada kawan yang akan lindungi Mawar.” “Kawan? Siapa kawan Mawar tu?” Zakuan bertanya. Setahu Zakuan Mawar tidak mempunyai kawan-kawan. Jauh sekali teman lelaki. “Itu… atas dahan pokok tu.” Mawar menunjuk. Air muka Zakuan berubah. Tiada sesiapa yang dia lihat pada dahan pokok itu. Mawar cuba mempernmainkan diakah? “Mawar, jangan buat perangai lagi, boleh?” “Abang tak percaya pada Mawar? Abang tak nampak ya kawan Mawar tu.” Mawar menyilangkan tangan. Zakuan menarik Mawar ke dalam pelukannya. Air matanya bertakung. Dia faham akan perasaan Mawar. Dia tidak salahkan Mawar. Bukan itu yang Mawar pinta. DIA cukup berhati-hati turun dari jendela biliknya tanpa sebarang tali menjadi bantuannya. Malam ini dia perlu melakukan sesuatu. Kerja itu hanya dilakukan waktu malam begini. Dia meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Tanah perkuburan dari banglo mewah itu hanya memakan masa 20 minit. Tiada langsung peasaan getarnya ketika berada di tanah perkuburan itu waktu tengah malam begini. Khabar tentang seorang anak dara mati diunuh dengan kejam yang baru dikebumikan siang tadi memudahkan kerjanya. Dia menarik cangkul. “Kau betul-betul hati kering. Bagus. Aku sukakan kau.” Lembaga yang sering mengikutnya itu muncul di depan mata. Lolongan anjing tidak diendahkan. Mawar menghayunkan cangkul. Tanah kubur yang masih merah itu dikorek. Dia terus mengorek sehingga cangkul menyentuh pada papan keranda. Dia turun ke dalam lubang kubur. Papan yang menutup jazad di dalamnya mual ditarik satu-persatu. Dia bercekak pinggang sebaik melihat jasad di dalamnya. Lembaga itu hanya menjadi pemerhati. Mawar naik semula ke atas mengambil beg galasnya. Guruh mual bergema di kaki langit. Mawar mengeluarkan segala barang yang dibawa. Mawar membuka ikatan pada bungut jasad gadis itu. Dia menghidupkan lilin. Api lilin dihalakan pada dagu jasad itu.

Lelaki Berjaket Hitam.

Alpha Amnani

4.6

Ainnur Mawaddah merupakan salah seorang wanita muda yang diiktiraf kebolehan dan keupayaan dirinya khusus dalam bidang kerjaya pilihan dia sendiri iaitu Criminal Psychology. Dia merupakan antara graduan termuda daripada University of Tiffin yang berjaya menamatkan pengajian masternya seawal umur 22 tahun.Berbekalkan kebolehan dan ketajaman minda yang tinggi,dia telah menambat perhatian sebuah agensi khas yang ditubuhkan bagi membanteras individu bermasalah yang dikenali sebagai madman atau psychopath. Namun,segalanya tidak semudah yang disangkakan oleh Ainnur.Ada harga yang perlu dibayar seandainya dia memilih untuk menyertai agensi tersebut.Mampukah wanita muda itu,mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari selama ini apabila berhadapan dengan manusia gila?Tabahkah hatinya apabila melihat jasad manusia yang tidak bersalah menjadi habuan manusia bernafsukan syaitan? Selama ini dia mengaku bahawa dia dianugerahkan oleh Allah dengan kebijaksanaan tetapi selama ini segalanya berpaksikan teori semata-mata.Kini? "You don't have to worry my sweet angel!What ever happens in the future,I'll stand beside you.Trust me!Now,smile." -Anuar Ilham. "How stubborn you can be?!I already said to you once this is not your world?!Now,back off!"-Black Hoodie. "Kau memang sukakan buat aku risau macam ni, walaupun aku tahu on the inside you are breaking apart tapi kau still nak tunjuk strong exterior kau hmm,Ainnur?"-Megat Ryohei "Oh,dear!How long I have to wait so that I can taste their beautiful blood against my bare hand again?!"-Nightshade.

DARAH KELABU

szhahmiey

4

Kisah ini mengisahkan tentang tiga sekawan yang berkawan erat.Mereka bertiga tinggal disebuah kampung yang jauh sekali dengan bandar,iaitu kg.Manis tiga sekawan tadi ialah,Syafiq,Ema,dan Hisyam. Suatu hari penduduk kampung Manis,digemparkan dengan berita,"bahawasanya dalam kampung ini ada kes pecah rumah dan kes Bunuh".Apabila penduduk kampung mendengar khabar berita ini dari ketua kampung,"penduduk kampung mula tidak keluar dari rumah dan kesemuanya mula membeli bekalan awal dikedai runcit yang berdekatan"Mereka kata'biarlah duitnya habis kerana guna untuk keperluan dan makanan,janji jangan habis ditangan penyamun'. Ada yang kunci (pintu) rumah rapat-rapat sampai habislah (pedaiayam).Tidak langsung keluar dari rumah,dan golongan lelaki yang bekerja diluar bandar dan kampung seberang,tidak langsung pergi ke kerja dan minta cuti selama sebulan'ada juga yang berhenti kerja terus demi menjadi keluarga. tiba-tiba suatu hari,bekalan tangki air disungai kampung itu,tiba² terputus dan desak untuk digunakan.Orang kampung,tiada air untuk digunakan kerana tangki air pecah dan melimpah kearah lain.Tok ketua tidak ada cara lain,sudah?Lalu Ia mencabar lelaki jati (Dewasa) kampung ini untuk mencari semula bekalan air itu supaya kearah paipnya dan kearah yang betul?Bekalan air bersih dan jernis terdapat dan ia turun melalui bukit gunung berdamai"Di atas sana"?Jawab tok ketua.Lalu kesemua lelaki jati kampung manis !!takut!! Tapi mustahilah,kerana tiga sekawan tadi''Syafiq,Ema,Hisyam",degil dan melampau.Mereka langsung tidak dengar cakap tok ketua dan ibu bapa mereka.Mereka keluar dari rumah dan pergi ke puncak gunung berdamai,yang terdapat dan terdekat di kampung tersebut. Ibu bapa mereka mula hiraukan mereka,mereka keluar tanpa pengetahuan.Lalu berkumpul penduduk kampung di dewan kampung jadi pada jam 19:00 malam.Erat disitu tok ketua menyuruh golongan lelaki jati (Dewasa) Supaya mencari 3sekawan tadi?(Mereka pergi). Malam menjelma tiba,Mereka terpaksa bermalam di situ?Hisyam menyalakan unggun api,Ema mendidih(menjerang) air didalam (ceret),Tapi tidakah pelik,Dimanakah !!Syafiq!! Email mula menyedarinya,dan lantas khabar kepada Hisyam !!Mereka berdua berasa hirau dalam ketakutan!! Tiba-tiba ada satu jeritan yang memekik !!Arrhhh,Tolong²!!Dari arah dalam gua dalam hutan gunung berdamai.Ema dan Hisyam menyedari,lalu pantas berdesuk ke arah gua mereka berdua tertanya-tanya,Dimanakah beliau'syafiq'.Dengan lantas,Email yang memegang lampu suluh lalu menegaskan cahaya kearah disebalik pokok kirinya kerana sebentar tadi lalimunan pokok itu berhinggut,Hisyam yang memegang obor itu lalu melantaskan obor itu kearah kedua pokok kanannya.Tiada satu bayang pun yang muncur.Lalu Ema berjalan itik sedikit kerah belakang,tiba-tiba ema dipukap dengan sehelai kain dengan tangan terpendam kemulutnya.Ema ditarik dan diheret.Hisyam bertoleh kedepan lalu menghidam kebelakangan,ia bergetar !!arhh ema-ema,mana hang"lantas loghat utaranya!!lalu kekejamannya ia terus pitam kerana (dikatok).Lantas mengheret... !!Siapakah yang mengheret mereka agaknya itu!!tertanya-tanya? !!Penduduk kampung masih mencari!! Orang yang menagkap mereka itu digua ialah,Samad and the geng,Perompak dan penyamun kejam?Mereka bertiga lalu tersedar dari nyahpitam?Ema lalu memekik lantas apabila mendengar suara garau orang kampung diluar sana"Mereka diluar terperasan dengan jeritan ema.Lalu Samad mengambil sebatang kayu dan lantas menyentap Ema,tapi dihalang oleh hisyam" Hisyam terus jatuh dan kepalanya mengeluarkan titis darah,Ema undur dan terkejut?Syafiq bangun dari duduk,terus melawan,syafiq lantas menumbuk dada samad dan lalu berkata"Oh!Selama ini kau,lah yang mencuri dikampung kami dan kaulah yang membunuh kambing aku!!" "Samad ketat mentertawakannya? Lalu syafiq dibaham tumbukkan.Samad yang 22Tahun itu nyahkan tendangan pula kemuka syafiq.Syafiq menjerit !!arrhhh!! aduh?Kini tinggal ema sahaja seorang yang masih tidak dicederakan kerana dendam,kata samad? Ema mundur kebelakangan lalu mahu keluar dari gua itu untuk memohon pertolongan,tapi dihalang oleh johan iaitu pembantu samad yang sama jahat?Ema ketakutan lalu menjerit lagi !!Arhh,tidak² aku tak mahu semua ini!!Samad mahu merogol ema,lantas Ema mendapatkan kayu,lalu !!Subbb!!Nah kau...mati,kau!!Ema mengatak samad. Samad sememangnya tidak cedera lagi,Samad lalu mengambil pistolnya lalu menembak Ema.Ema kusut dengan lumpuran darah... Tiba-tiba Darah Ema tadi yang berwarna merah hati tadi bertukar kekelabuan?Samad dan gengnya terus memecut lari dan menyiapkan barang,untuk keluar dari gua tersebut. Bunyi Lambang merah dan biru itu terdesak lalu,menurun pantas mengepung.Itu Siaran dakapan dari polis. !!Siapkah yang menghubungi pihak polis pula nii,jawab Samad,!!DiSebalik kejadian ini telah diberitahu oleh Johari iaitu kawan sAmad yang sudah lama tidak erat dengan samad!! Berbalik kecerita tadi,Darah Ema yang KELABU itu sangat benar,lalu bunyi embuilen pula datang,penduduk kampung sudah menemuinya? Syafiq dan Hisyam beserta ema dibawa ke hospital,Hisyam dan Syafiq sedar dari kesakitan hanya luka kecil sahaja pada mereka berdua?Ema Belum masih sedar?Lalu doktor menegas kepada ema,ahli pasukan doktor menerusi pembedahan, Ema dibedah,Peluru yang terdesupp kedalam isi perut ema didadanya dikeluarkan.(Sudah habis pembedahan).Ibu dan bapa ema bertanyakan kepada doktor"Sebab apakah darah anak saya berwarna KELABU bukannya merah"-KATA dari doktor tersebut,Darah ema berwarna KELABU kerana terdapat "toxic" dan asid "bionic"dalam peluru tersebut sehingga menyebabkan asid bekalan peluru itu (adalah bukannya peluru asal dan betul tapi hanya sekadar peluru kapur).Sehingga menyebabkan serbuk penawanan ''toxic'' kimia tersebut beredar keotak dan tisu badan bekalan darah... Tapi jangan hiraukan,pihak kami sudah menyuntik darah dan menambah darah yang baru dalam badan Ema,jawab doktor itu? (Ema,sudah sembuh:-) Samad and the geng,ditangkap polis, Penduduk kampung manis selamat, bekalan air elok semula. TAMAT

Mengumpat itu tanda pengecut?

Tarbiah3

5

“Orang yang mengumpat ni pengecut dan takde maruah, hati kotor dan buruk akhlaknya…” Tulah pesanan seorang ustaz kepada saya. Sentap jugaklah. Tapi bila fikir-fikir balik, memang itulah hakikatnya. *** Bismillah. Insyallah, topik kali ni agak hangat sikit, iaitu bab mengumpat dan cakap belakang. Saya rasa saya perlu ulas benda ni secara detail dan spesifik, sebab ada di kalangan kita, depan-depan, bajet soleh, akhlak pergh macam malaikat, depan-depan puji dan sanjung, hormat bukan main. TAPI, bila BELAKANG kita, punyalah dia kutuk, memburukkan, caci maki dan bukak aib kita. Benda ni dah jadi macam benda normal. Orang dah tak rasa bersalah bila mengumpat ni. Depan-depan tak nak tegur. Depan-depan bajet macam setuju dan suka je semua benda. Tapi belakang-belakang, memang jahat gila. Best sangat ke mengumpat? Puas ke bila korang dapat kutuk kawan korang belakang-belakang? Apa yang korang dapat? Seronok, bila orang yang korang benci tu, turut di benci oleh orang lain? Best sangat ke bila orang lain pun turut membenci orang yang kita benci? Bila orang lain dah benci orang yang kita benci, whats next? Dapat masuk syurga ke? Best sangat ke mengumpat? Puas ke bila kita dapat memburukkan orang yang kita dengki dan tak puas hati pada orang lain? Bila orang lain tu turut percaya dengan keburukan orang yang kita burukkan, dan turut memburukkannya, apa yang kita dapat? Dapat masuk syurga ke buat macam tu? Best sangat ke?? Kadang-kadang saya tak faham. Orang yang mengumpat ni, apa yang dia nak sangat sebenarnya? Ada orang bagi alasan: “Aku mengumpat sebab aku nak dia berubah…” Saya tanya balik: “Dia berubah ke kalau kau mengumpat dia? Kenapa kau tak tegur depan-depan je? Kenapa kau perlu bukak aib dia, jaja keburukan dia, dan sebarkan kesalahan dia kat orang lain? Kau biar betul nak ubah dia? Nak tipu pun agak-agakla…” Ada yang bagi alasan: “Aku bukan mengumpat. Aku cakap benda yang betul…” Saya balas balik: “Itulah namanya mengumpat! Kalau kau cakap benda yang salah, itu fitnah. Kalau kau cakap benda yang betul, itulah mengumpat wahai kawanku yang hensem…” Apa lagi alasan yang kita nak bagi untuk mempertahankan perbuatan mengumpat yang kita dah biasa? Gosip sini gosip sana, nampak keburukan sikit, terus sebarkan, kononnya nak bagi orang lain tahu “siapakah” diri sebenar seseorang tu.

Kenapa perlu mencarut?

Tarbiah3

4.4

Mencarut hari ni seakan di anggap “biasa”. Bahkan, ramai orang yang guna perkataan yang berunsur carutan sebagai medium penulisan, percakapan dan sebagainya. Bukan tu je, ramai yang rasa mencarut tu lambang kehebatan, lambang ke”cool”an, lambang kemachoan dan sebagainya. Tapi hakikantnya, takdelah cool mana. Serius, langsung tak cool. Tapi, apakan daya? Sekarang, budak sekolah rendah seawal darjah satu (ulang “darjah satu” ni 10 kali) dah pandai menggunakan bahasa kesat, bahasa kasar, mencarut, kata-kata lucah dan sebagainya. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, hatta golongan bekerja dan pencen pun, masih ada yang menjadikan carutan tu sebagai medium percakapan. Kadang-kadang, mencarut tu dah jadi macam “zikir” bagi sesetengah orang. Amat mudah lidahnya nak mengungkapkan kata-kata yang kesat akibat dah terlalu biasa. Sampai gurauan sesama kawanpun nak mencarut. Nak melawak konon. Atau kononnya dah biasa. Apakah? Apakah semua ini wahai kawanku? Sedih tengok budak kecik-kecik dah pandai guna perkataan kesat. Apatah lagi yang besar. “Mak kau babi!” “Mak kau sial!” “Pantat kau bangang!” “Mak bapak kau bodoh macam kau!” “Bapak kau tak bayar zakat!” “Mak kau pelacur!” “Bapak kau gila seks!” “Kau ni perangai serupa babi la!” “Lahanat kau cilaka!!” “Apa ke bodohla si sengal cibai ni? Otak kau letak mana ha bahlul??” “Perangai serupa iblis la kau ni! Muka dahla macam taik!” "Nak kata babi, muka macam anjing..." "Fuck you.." "What the fuck!" Dan sebagainya. Maaf. Sungguh, saya minta maaf sebab tulis contoh-contoh ayat tanpa lapik. Saya nak korang nampak. Ye, saya nak korang nampak bahawa ayat-ayat di atas hakikatnya memang REAL di sebut oleh orang ramai sesama mereka, hatta budak kecik… Ya, budak kecik!!! Uh… Wallahi. Saya rasa sangat pedih, sedih, sakit, dan pilu bila fikir benda ni. Adakah korang rasa benda ni NORMAL? Adakah korang rasa benda ni cool? Nampak gah? Nampak berani? Nampak hebat? Nampak mulia? Nampak macho? Demi Allah. Langsung tak!