286 Results Found for "Drama"
SAMPAI SYURGA (C)

BABY BOY

5

Mengisahkan dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was" Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memiliki rupa paras yang kacak kerana ada kacukan melayu-inggeris. Farhan - Seorang remaja melayu berusia 17 tahun yang memiliki perangai panas baran tetapi selalu ada ketika Rafiq dalam kesusahan. ••• Farhan menyorok di celah ketiak Rafiq untuk melindungi dirinya dari terkena panas juga. Nasib lah Rafiq ini lebih tinggi daripadanya. Tinggi Rafiq 180cm, Farhan pula 163cm sahaja. "Eh, eh. Apa ni?" Kata Rafiq setelah melihat Farhan merapatkan tubuh dengannya. "Aku panaslah. Nak berlindung kejap je." Balas Farhan dengan muka tidak bersalah. "Tadi kau kata aku macam longkang kan? So kiranya bau aku pun macam longkanglah kan? Ni tak malu ke dekat dengan longkang?" Kata Rafiq menyindir kembali. "Ketiak kau bau longkang pun longkanglah janji aku tak hitam." Balas Farhan bersahaja langsung tidak terkesan dengan sindiran Rafiq itu. ••• "Shu... Shu... Dah... Dah... Aku dah maafkan kau. Janganlah emosi sangat si manja pipi merah-merah sayang saya sorang ni." Teriakkan Farhan jadi semakin kuat sebaik sahaja tubuhnya dipeluk erat. "Aku janji aku akan jadi sahabat baik kau sampai bila-bila. Aku janji. Aku akan jaga kau macam adik aku sendiri." Pujuk Rafiq seperti seorang abang yang penyanyang. "Kat dunia ni aku dah takde adik-beradik lain dah Rafiq. Aku anak tunggal. Kau ajelah yang aku ada." Farhan menyeka air matanya. Semakin lama semakin perlahan tangisannya. ••• "Yalah sayang kawan aku sorang ni. Suka nak manja dengan aku kan? Hahaha." Kata Rafiq sambil merangkul erat bahu Farhan. "Yalah, aku kan anak tunggal. Nak manja dengan siapa lagi." Kata Farhan sambil menyeka sisa air matanya. "Yalah, yalah. Kau kan adik aku, adik nak manja-manja dengan abang dia. Hahaha." "Yish, janganlah perli." Kata Farhan dengan rasa malu. Dada Rafiq ditumbuknya sekali perlahan. "Haha, alah gurau. Aku nak ceriakan kau je." Ucap Rafiq dengan senyuman mekar di mulutnya. TAMAT 16/2/2019 (SABTU) 11.19 PAGI

Aku Suka Kau!!

Wani_Mix

4

Bacalah novel cinta komedi ini..! ^_^ Nama aku Damia Qaisara binti Mohd Khalid.Aku merupakan penuntut di Universiti di UK.Aku pulang kembali ke tanah air setelah mencapai kejayaan.Keluarga aku menetap di Bangi.Hari hari yang aku jalani amat seronok!Tak perlu lagi kena buka buku untuk study..Dan tak payah susah susah lagi untuk belajar kuat. Seminggu telah berlalu meninggalkan manusia termasuklah aku.Semua orang tidak terkecuali.Tempoh seminggu itulah yang membuatkan aku memahami erti sebenar daripada perkataan 'bosan'.Hal ini kerana,aku berasa sangat bosan sekarang.Mana tak nya,mak aku sibuk dengan butik yang dimilikinya.Mentang mentanglah jualan laku keras sejak daripada dulu lagi,langsung tak dihiraunya aku.Papa pula sibuk dengan hal pejabatnya.Maklumlah,dia kan pengarah syarikat..Abang Daniel pula..Huh!Asyik berkepit dengan awek dia. Jadi,aku mengambil keputusan untuk membersihkan halaman rumah.Padahal kerja itu semua adalah tugas bibik rumah aku.Tapi dah timbul perasaan bosan dalam diri aku,nak buat macam mana lagi..Sejak daripada peristiwa itu,aku mula mengenali seorang lelaki yang tampan dan kacak bergaya.Nama dia Izz Airiel.Mukanya,kacak ya ampun!Kulitnya putih!Bibirnya merah.Membuatkan hati ku bergetar hebat. Tapi..itu hanya dari segi penampilannya.Hakikatnya,aku selalu menyumpah seranah mamat tu dalam hati kerana mulutnya..Boleh tahan juga!Selalu juga sakitkan hati aku. "Hei,awak..!Sampah sampah rumah awak masuh dalam rumah saya..!Kalau dah tahu tak pandai dan tak pernah pegang penyapu,tak payahlah gatal gatal nak buat jugak..!Buat apa..!?Baik awak ambik semula sampah tu..!"-Izz Airiel " Kalau awak cakap elok elok sikit tak boleh ke..?Sampah termasuk sikit je kut!Tak payahlah nak kecoh kecoh!Buat malu kaum je!Harapkan muka je kacak,tapi mulut..!?Huh!Mulut jahat dan busuk macam longkang!Macamlah saya nak sangat sampah ni masuk kat sana..!Awak sungguh teruk..!Bad boy!"-Damia Qaisara "..elleh..cakap banyak..!Cepatlah kutip!Dan awak tak payah kata kat saya yang saya kacak sebab saya tahu yang saya memang kacak..!"-Izz Airiel ".. tadi saya tak cakap kat awak,ok!?Mamat bangla yang buat jalan jauh lebih kacak daripada awak!"-Damia Qaisara. Bertekak!Bertekak dan bertekak je..!Tapi,orang kata..Tak boleh marah marah sangat sebab takut jatuh cinta.. Kan?

Gadis Hati Batu

Farrayy

5

( Sambungan Dia Encik Monyet ) Romance + Drama + Crime + Detective + Triller + Action First love dan second love ni lain ? Semestinya lain . First love mengajar kita erti permulaan percintaan tapi second love ? Mengajar kita erti cinta sebenar . Siapa sangka second love ni lebih indah berbanding first love . Begitulah cerita cinta antara Aina Qhairina dengan Iman Lutfi . Tapi suatu kejadian berlaku , Aina Qhairina pergi dari hidup Iman Lutfi dan dia terjumpa first lovenya , Syed Amran Qhairi sehingga mereka terpaksa berkahwin atas sebab persahabatan antara ibu bapa mereka . Tapi kematian Iman Lutfi sebab kemalangan yang dirancang , Aina Qhairina meminta ditangguhkan perkahwinan dan dia mengalami kemurungan beberapa minggu . Tidak mahu berjumpa orang , tak nak bercakap dengan orang , tanya sepatah jawab sepatah , dingin dengan orang , bila diajak makan tak nak , bila diajak keluar jalan-jalan pun tak nak sehingga pening semua ahli keluarganya . Kematian insan bernama Iman Lutfi memberi impak yang besar pada Aina Qhairina . Selepas 2 bulan , baru Aina Qhairina mula berubah dan bersetuju berkahwin dengan first lovenya dulu . Sepanjang perkahwinan mereka yang beberapa bulan , Aina melayan seperti seorang musuh seperti dia dipaksa kahwin . Bagi Amran pulak , dia tetap melayan Aina seperti isterinya . Makin lama , layanan baik Amran membuat Aina move on dengan Iman dan mula menerima kematian Iman . Dia mula mencintai dan sayangkan Amran semula . Mereka hidup bahagia sehingga mereka mendapat anak kembar , Aizrin Qusyairy dan Aizria Qhaisara tapi anak kembarnya tidak sempat dilahirkan di Malaysia kerana suatu peristiwa yang menyakitkan hati Aina . Dia bawak diri tanpa pengetahuan suami dan ahli keluarganya yang lain kecuali her grandparent . Anaknya dilahirkan di China dan dia bawak diri ke sebuah negara asing baginya . Cukup 6 tahun , dia menjejakkan kakinya di Malaysia semula . Tapi hatinya tetap terluka dan seperti tiada penawar . Dia lagi terluka apabila mendapat tahu perubahan 100% suaminya .

#Opps..Pengantin Musim Cinta

myra arisya

4

'Pikat hati anak teruna Tengku Elyas dan Tengku Halyna sampai dapat' itu misi yang diberikan oleh Tengku Halyna kepada Qaireen Az-Zahra.Entah apa yang istimewa sangat dengan Qaireen sampai Tengku Halyna beri harapan tinggi padanya untuk memikat hati Tengku Eishan.Padahal, Qaireen cuma seorang pembantu peribadi kepada Tengku Eishan, tidak lebih dari itu. "Aku tak suka perempuan, kau cantik, seksi, pandai, manja..pergi cari lelaki yang lebih baik daripada aku and please, stop your plan to seduce me because it doesn't work at all, Qaireen" -Tengku Eishan Huzair "Wait, bos nak cakap yang bos gay ke?" -Qaireen Az-Zahra Biar betul, anak raja yang macho tu tak suka perempuan?? Habislah plan Qaireen untuk memikat hati bosnya.Belum apa-apa lagi, Eishan sudah tidak tunjuk minat kepadanya, jadi lebih baik dia yang berundur diri.Dia tidak mahu dicop sebagai perempuan materialistik oleh Eishan. "Aku bukan gay lah pandai, cuma aku tak pernah luahkan perasaan cinta pada sesiapa, tak pernah keluar dating, jauh sekali cuba untuk melamar.Pendek kata, aku tak pernah belajar apa itu cinta.." -Tengku Eishan Huzair "Biarlah saya yang ajar bos apa itu cinta, let me be your doctor love..itupun kalau bos ada lagi hati dan perasaanlah.." -Qaireen Az-Zahra Maka, bermulalah misi Qaireen mengajar Eishan yang buta cinta.Parah, satu benda pun Eishan tidak tahu, naik gila Qaireen dibuatnya.Muncul pula Aira, bekas teman wanita Eishan menagih cinta dan hadir pula Tengku Adam, sepupu Eishan yang menaruh hati padanya. "Kata bos tak pandai bercinta, habistu Aira tu siapa?? Bos tak sedar ke selama ni saya sedang menanti luahan perasaan daripada bos? Buat apa saya ajar bos tentang cinta, kalau saya sendiri tak dapat miliki cinta bos? Tengku Eishan Huzair Tengku Elyas, I quit from being your doctor love also as your assistant" -Qaireen Az-Zahra "Aira bukanlah sesiapa untuk aku, aku tak rasa sakit bila Aira tinggalkan aku.Tapi kau, aku rasa kurang bila kau takde dalam hidup aku.Kau ajar aku segalanya tentang cinta Qaireen, kalau kau nak berhenti jadi doktor cinta aku atau pembantu aku, kau berhentilah.Tapi aku mohon, tolong jangan berhenti isi hati aku" -Tengku Eishan Huzair

Hati Buat Tengku Adam (Sequel MHSA)

S.N

2.9

Sequel from MHSA (Slow Update) Warning: You have to be mature enough to read this story. Plagiarism is forbidden. Copyright reserved. Genre: Romantic, Mystery & Humor. Sebuah sequel dari Mr.Hot Sedingin Aisberg -Tengku Adam Zulkhair - Lelaki berkarisma yang sangat sukar untuk didekati. Dalam hidupnya cuma ada satu kerja... kerja... dan kerja. Cinta jatuh nombor ke 1001. Maksud yang lebih mudah, tak mustahak! Baginya hanya ada Mama dan Alam Angkasa saja. 'Say NO to love. Once in it, you DEAD.' Itu moto hidup yang dipegangnya. -Batrisya Aulia - Wanita yang super duper sexy. Sexy dan wanita itu adalah kawan baik malah sangat baik. Baju tak pernah cukup kain. Malah kalau dibenarkan berbikini saja keluar ke shoppingmall, dia berani buat. But hello... This is Malaysia okey. Bukan Italy. Bukan USA. Bukan juga Spain. Dia gadis yang periang dan gedik. Sebab itu dia tak banyak kawan. Dia lebih suka berkawan dengan lelaki dari perempuan. Why? Easy answer. Perempuan dengan cemburu tak dapat dipisahkan. Dia tak suka yang namanya cemburu. Cemburu membunuh. Dia tak peduli mata-mata keranjang yang memandang setiap kali dia keluar. Hidup dia mudah. You buat hal you. I buat hal I. 'Cinta dia hanya pada lelaki exclusive.' Itu pula moto cinta Batrisya Aulia Tapi apa terjadi bila kedua manusia ini dipertemukan? Satu keras tak berperasaan. Yang satu lagi gedik melebihi gediknya sotong kurita. "Tolong pergi beli kain. Tampal mana-mana yang terdedah tu. I would never, ever to like you." - Adam "I would like that challenge." Tasya Adam bengang dengan Tasya yang tak paham bahasa. Orang tak suka. So please get out of my way! Setiap penolakan Adam buat Tasya hanyalah cabaran untuknya. Makin susah untuk dia dapatkan itu lah makin dia akan kejar. Dia sukakan cabaran. Tapi mampukan Tasya bertahan bila setiap kali penolakan demi penolakan Adam berikan padanya? Belum lagi dia mempunyai masalah sendiri yang perlu dia fikir. Akankah mereka bersatu? Note: Sebelum baca HBTA ni, please baca dulu MHSA. HBTA ni adalah part of the MHSA story. Kira macam sequel la. Cerita lebih merujuk ADAM & TASYA. Sebab ramai yang minta SN buat cerita depa berdua ni. So, this is it. Enjoy!!! Character : Hero: Tengku Adam Khaair - Dusan Susnjar. Heroin: Batrisya Aulia - Madison Beer Supporting: 1. Iskandar Raza - Mario Ermito Date publish: 19.07.2018 Date complete: ~

Cinta Untuk Si Dia

Cahayaaira

5

Mengisahkan Nur Aira Qalisha Binti Amran seorang yang tabah dan sabar dalam menempuhi kehidupannya.Perbalahan dan salah faham diantara Syed Adzrul menyebabkan hidup Aira jadi tidak tentu arah.Dia sering menerima ugutan daripada lelaki itu. "Awak nak apa lagi hah?-Aira " I nak U menderita macam mana U pernah buat dekat I dulu-Syed Adzrul. Saya tak pernah buat apa-apa dekat awaklah.Itu semua salah faham.Kenapa awak tak percayakan saya Adzrul? Pelbagai cara Syed Adzrul buat untuk menyakiti Aira tetapi Aira tetap tabah dan sabar dengan perangainya. Aira fikir dia dapat melarikan diri daripada Syed Adzrul dengan menerima pinangan yang telah dipersetujui oleh keluarganya kerana itu adalah aturan keluarganya walaupun hatinya hanya mencintai seseorang yang sangat membencinya atas salah faham yang lalu.Takdir tidak dapat dielakkan oleh Aira apabila yang mengahwininya adalah Syed Adzrul. Dia tahu rancangan Syed Adzrul terhadapnya.Perkahwinan yang indah akhirnya menjadi derita buat Aira apabila Adzrul sering mencaci dan menyakiti perasaan Aira namun dia tetap sabar akan perangai suaminya walaupun telah digantung tak bertali.Kemunculan Daniel dan Aiman telah mengugat kedudukan Adzrul sebagai suami Aira apabila Daniel dan Aiman jatuh suka akan Aira sehingga Daniel memaksa Adzrul untuk melepaskan Aira sekiranya dia tidak mencintai Aira.Di saat Adzrul sakit,Aira menemaninya dan merawatnya sehingga Adzrul sihat.Tetapi Adzrul telah menerima satu berita yang telah mengubah hidupnya yang membuatkannya menyesal. Adakah Adzrul menghargai segala pengorbanan Aira Apakah berita yang diterimanya?Adakah rahsia yang lalu terungkai dan bagaimanakah perkahwinan Adzrul dan Aira?Bahagiakah mereka dan masihkah cinta untuk si suaminya.

Cinta Itu Bukan Milikku

S.N

4.9

2nd story by SN. Status: Ongoing. CINTA ITU BUKAN MILIKKU. Cinta bersulam duka dan airmata, mampukah bahagia? Warning: You've to be mature enough to read this story. Plagiarism is forbidden. Copyright reserved. Genre: Sad-Family-Drama with Mystery & Romantic. "Papa, Laila nak adik..." Laila. Ah Sudah! Tak ada isteri nak datang adik dari mana nak oi. Megat Hadi picit dahi. Pening kepala. Runsing. Mana nak dapat adik dalam sekelip mata? Di tambah pula Puteri Nur Laila Faiha sering mengajukan soalan yang bikin kelu lidahnya. Tak cukup dilema, teman-temanya juga sering memomokkan dia betapa seronoknya mempunyai adik sendiri. "Papa bila Laila nak dapat adik?" "Papa Laila boring main sorang-sorang. Kalau ada adikkan best. Laila boleh main sama-sama dengan adik." Megat Hadi memberi cadangan untuk mengambil anak angkat tapi Laila tolak mentah-mentah. Sampai buntu Megat Hadi dibuatnya. Akhirnya Megat Hadi akur. Tak ada cara lain. Dia akan mendapatkan isteri bagi memenuhi kehendak Laila. Bertambah serabut bila Laila sendiri mahu dia yang memilih calon isteri untuk papanya. Megat Hadi gigit bibir. Dia sendiri nak cari isteri bukan main susah. Kalau tak. Masakan dia sanggup menduda sehingga 5 tahun lamanya. Nak harapkan anak yang baru berusia 5 tahun tu pula cari calon? Alahai anak... jangan dipilihnya tu package makcik-makcik bawang sudah. Haru hidupnya. Belum cukup disitu. Pemilihannya pula akan dibuat disebuah shopping mall. Gila! Megat Hadi semakin kuat menepuk dahi. Tak pernah dibuat dek orang cari isteri dishopping mall anak oi... Bukan ke lebih baik cari isteri di tempat yang lebih sepatutnya contohnya surau, masjid atau majlis-majlis keraian? Kenapa mesti di shopping mall yang rata-ratanya tempat perempuan berfoya-foya. A.K.A menghabiskan duit? Di office dia sendiri belambak perempuan yang boleh dibuat calon isteri. Hai pening! Tapi itulah kehendak Laila. Megat Hadi buntu. Tak diikutkan kehendak anak, nanti Laila mengamuk. Kalau diikutkan dia yang susah plus merana tingkat 7. Dia juga susah nak memujuk Puteri Nur Laila. Dia pun bukan pandai sangat memujuk. Akhirnya Megat Hadi bersetuju. Bermulahlah cerita selepas itu. Dan bermulalah perjalanannya diantara Megat Hadi Imaruddin dan Luuna Kamila. Bagaimana kesudahannya? Date Published: 18.07.2018 Date Completed: TBA

he is mine

cute girl

4.2

novel ni menceritakan tentang seorg gadis yg bernama Maisara Aqila dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana ayah nya ayah dia mempunyai sebuah agensi yg sgt sulit. Maisara Aqila ade salah seorg spy yg terbaik dlm agensi tersebut sebab tu ayah dia menyuruh dia yg melakukan satu misi yg sgt penting...Tp dia harus menyamar Jd lelaki "papa Knp sara yg kene buat misi ni Knp bukan anak buah papa yg lain?" Tp Maisara Aqila terpaksa jugak menerima misi tersebut setelah dipujuk oleh ayah nya ~Aliff Aiman a.k.a jembalang langsuir~ musuh ketat Maisara aqila Tp dia berkawan baik dgn mohammad aqil a.k.a abg kembar Maisara aqila...kalu bertembung je si langsuir tu dgn Maisara akan ade je perang yg berlaku ~azril a.k.a org pertama yg buat Maisara aqila jatuh cinta~ akibat dr satu kejadian mereka bertemu malah mereka berdua saling jatuh cinta Tp mereka ego untuk mengaku walaupun mcm tu azril selalu melindungi Maisara aqila azril jugak org pertama yg thu tentang penyamaran Maisara aqila yg menyamar sebagai aqil ~ danish haikal sepupu kpd Maisara aqila dan mohammad aqil~ dia berperangai seperti aqil dialah yg selalu jage aqila dia juga suke memanjakan aqila kerana tiada adik perempuan Jd dia telah menganggap Aqila tu seperti adik nya sendiri. dulu dia satu geng dgn azril Tp x thu sebab ape diaorg dh Jd musuh ~danial kwn baik Maisara aqila sewaktu kecil~ dia terlampau rapat dgn Maisara Aqila sampai kn keluarga mereka saling mengenali Tp mereka terpaksa berpisah kerana danial berpindah sekolah mengikut ibunya...danial sebenarnya dr kecil lg dia meminati Maisara Aqila tp dia pendam sebab takut Maisara Aqila akan jauh dr dia.. penyamarannya banyak kali hampir terbongkar. banyak cabaran yg terpaksa dihadapi demi mengelakkan identitinya terbongkar malahan banyak rahsia telah terbongkar semasa Maisara aqila di Sane dimana aqil ? misi ape yg sedang dilakukan kn oleh Maisara aqila? ape yg tragedi yg berlaku sehingga menyebabkan geng azril dan haikal menjadi musuh? Knp ayah Maisara menyuruh Maisara melakukan misi tersebut sedangkan haikal sudah ade? novel ni akan menjawab segala persoalan anda....Hihihi nk thu bace lh ye ...>o<

Pujaan Hati Aireena

ima

5

" Aku terima nikahnya Aireena Aleeya binti Hakim dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai." sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi isteri buat kali kedua. " Abang maafkan Airin sebab tak dapat pertahankan cinta kita. Airin terpaksa, maafkan Airin." kataku dalam hati. Air mataku mengalir laju. Aku terasa seperti seseorang duduk dihadapan aku, dan itulah suami aku. Aku tidak tahu siapa suami aku. aku memandang muka suami ku, dan.... "Aiman." dia tersenyum manis ke arahku. Aku benar terkejut sekali. Kawan baik suamiku adalah suami aku. Air mata mengalir laju menuruni pipiku. Apabila Aiman ingin menyarungkan cincin di jari manis ku, aku keraskan tangan ku membuat kan Aiman tidak dapat menyarung cincin itu di jariku. Aku masih terkejut. Aku memandang Aiman dengan mata tidak berkelip. " Airin." panggil mamaku. Aku menoleh. "Aiman nak sarungkan cincin tu." Aku tersedar. Aiman menyarungkan cincin berlian itu di jari manisku. Aku menyalam tangan suamiku walaupun aku tidak rela atas perkahwinan ini. Lagi lagi dengan kawan baik suamiku. Aku pasti, Aqeel akan kecewa. Setelah itu, dia mengucup dahiku dengan penuh kasih. *** " Airin." panggil Aiman dengan manja. Aku menoleh. " kenapa masam saje muka Airin ni?" tanyanya sambil tangannya mahu menyentuh pipiku. Aku mengelak. " Awak tak boleh sentuh saya. Saya nak tidur. Awak boleh tidur atas katil. Saya tidur atas sofa." kataku sambil mengambil bantal di atas katilku. Aiman menghalang. " Awak isteri saya, tempat isteri perlu ada di sisi suaminya. Tidur sini sebelah saya." dia menepuk nepuk katil di sebelahnya. Aku mengeluh. Aku ikut sahaja perintah dia, tetapi untuk menjadi isteri sebenar buat dia aku memang tak bersedia. Dia ingin memelukku pantas aku menepis. Dia mengeluh. " Awak isteri saya, saya boleh buat apa apa pada awak." katanya " Awak suami saya atas kertas sahaja. Saya memang tak setuju dengan perkahwinan ni. Lagipun saya tak bersedia. So please. Saya tak mahu ibu dengan papa saya tengok kita bergaduh so please." kataku sambil mengelap air mata yang terjatuh. Pelbagai usha yang dilakukan oleh Aiman untuk membuat Airin jatuh cinta kepadanya. Adakah usha Aiman berjaya. Adakah Airin akan jatuh cinta pada Aiman? Kalau hendak tahu sila baca novel PUJAAN HATI AIREENA. MULA- 16 MAC 2019 TAMAT- 28 MAY 2019

TAKDIR

Ukhty Qaliesya

0

Nurfaryana Qaliesya dan Nurfaryana Qistiena' Gelaran yang hampir sama dan paras wajah yang serupa Namun sayangnya walaupun mereka adalah pasangan kembar tapi mereka mempunyai minat yang sungguh berbeza Faryana Qaliesya si Hantu camera# Faryana Qistiena si Hantu pengembara# Kan jauh berbeda sangat tue even bunyi ayat yang paling hujung memang serupa Mereka mungkin ada satu wajah tapi minat mereka tak sama Pendek kata mereka jauh sangat berbeza dengan pasangan kembar yang lain Dan apa yang sungguh menghairankan kedua duanya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza Yang satu si gadis Ayu# Yang satu pula si gadis Lasak# Dan episod seterusnya akan berlaku bermacam macam lagi story dalam kehidupan mereka Tragedi yang menimpa tiada siapa yang menduga Walau kita dah tulis Lifestory yang terindah Namun ALLAH SWT yang punya rencana Siapa kita yang bisa menidak kan kehendak ALLAH??? Kita hanya manusia yang lemah dan Hina "Puteriku faryana Qaliesya dimana kamu menghilang sayang.. "Ibu sangat merindui kamu nak!(Datin Fazzura iriena) "Sabar mie.. "Ini semua ketentuan ALLAH SWT(Dato Farryad ikhsan) "Kita memang pasangan kembar yang bagaikan langit dan bumi yana.. "Tapi aku tak sangka aku akan berpisah dengan kau.. "Mengapa cepat sangat kau pergi yana.. "Dan yang langsung aku tak faham dan mengerti mengapa kau tinggalkan sejuta persoalan yang sukar buat diriku??? "Mengapa mengapa dan kenapa?? "Lelaki yang selalu mengekori itu siapa yana siapa?? "Apa sebenarnya yang dia mahu dariku??? "Yana..kalau lah saat ini kau bisa lagi berkata kata yana'Pasti aku tak kan bingung dan buntu untuk menghadapi semua ini.. "Kenapa kamu cepat benar berubah sikap fara.. "Ini ke fara yang pernah saya kenal waktu mula-mula dulu??? "Sampai hati kamu mempersendakan hati dan perasaan saya.. "Tidak ada sekelumit pun rasa cinta awak buat diri saya ke fara??? "Dan segala memori indah yang kita pernah lalui bersama dulu "Begitu mudah dan cepat sekali kau melupakan fara... "Sampainya hatimu buat aku terseksa begini.. (Muhammad faqhrul idzham) "Faryana Qistiena tahu kah dirimu bhwa ssungguh nya sekeping hati ini telah kau miliki "Meskipun selama ini kau hanya menganggap ku seorang teman dan tak lebih daripada itu(Asryaf rayyan)

Pemilik Hati Dia !!!

nurul_mira

4.8

Aku Tengku Zafreil Eiman, mempunyai seraut wajah handsome berkarisma dan punyai banyak anak anak syarikat ZAF'Holdings...tapi aku tak tahu kenapa aku tak pernah untuk merasai nikmat perkahwinan,aku hanya tahu menghabiskan masa dengan berfoya foya bersama perempuan kadang kadang aku rimas bila mummy dengan daddy aku tanya pasal kahwin..aku hanya ingin enjoy sebelum memasuki alam rumahtangga... Walaupun aku hanya permainkan perasaan gadis gadis,aku tak pernah terfikir untuk menghisap rokok dan minum arak.. lagipun aku tak nak lah benda tu merosakkan anggota badan yang sihat... well ini juga disebabkan perempuan tu,Yes dia telah merosakkan semua kepercayaan aku kepada perempuan dan masa depan aku...aku hilang diri aku yang dulu... - Tengku Zafreil Eiman DANIAAAA!!!!...... Bangun...dah lewat ni,hari ni kamu kan ada interviu dekat syarikat ZAF'Holdings.. Umi tahulah kamu tu ABC tapi sekurang-kurangnya kamu belajar lah sikit untuk bangun awal.... Ye umi,Nia bangun okey.. sekarang ni boleh tak umi berhenti membebel..macam mana lah abah boleh tahan dengan perangai umi yang suka membebel ni?? terfikir juga dalam hati ni... -Nur Dania Syafeena Nia ingat umi tak dengar ke haa??? - Puan Zamilah Ehehehe....sorry umi nanti Nia tak buat dah.. Dah Dah lah sayang...Ni duk membebel je dekat si Dania tu buat apa??bukan dia layan sangat dengan bebelan awak tuh....baik awak layan abang ni..tengok nasi lemak sambal sotong sayang pun dah buat perut abang berkeroncong... - Encik Farqain Assalammualaikum umi abah..pagi..- Dania waalaikumussalam ?? ??...Hurm pagi...mata tuh kenapa bengkak?? kamu layan Along Danny sampai ke pagi ?? - Puan Zamilah Hurm umi Along Danny suruh teman berbual dengan dia semalam,lupa pulak dah pukul 12.30 malam lepas tu adik bagitau dia yg adik nak tidur semalam sebab pagi ni ada interviu.. bukan main seronok dia tanya soalan last last adik palau je dia sebab ngantuk...Bukan main marah dia kat adik?? aku mengadu dekat umi biar umi marah kat along sebab kacau aku semalam... - Dania #tengkuzafreileiman#nurdaniasyafeena#pemilikhatidia????

Sweet Lies

MsrRabbit

5

Dunia mereka berbeza .Kasih sayang yang berbeza walaupun hidup dalam satu jiwa yang sama.Satu permata bersinar terang dan tidak pernah kelam. Satunya lagi hanya cahaya yang malap bahkan tiada siapa yang ingin permata itu. Kasih sayang tak semuanya indah. Malahan ada yang melakukan kerana kepentingan diri.Sanggup menggadai nyawa untuk kebahagiaan yang merugikan .Menjadikan matanya buta akan realiti dunia. Orang lain berperang untuk hidup. Dia bermain nyawa untuk kekal hidup. Itu hanya keterpaksaan. ....... Anne dan Anna merupakan dua kembar anak perempuan yang hidup dengan mewah.Hubungan mereka amat akrab hingga tak dapat dipisahkan.Namun nasib lebih menyebelahi bagi Anne yang merupakan anak sulung. Ahli keluarganya sangat manjakan Anne. Ini membuatkan timbul rasanya cemburu dari hati Anna. " Kau tak sepatutnya dapat bahagia yang kau miliki aku yang lebih berhak! "-Anna " Adik buat semua ni untuk keluarga kita bersatu semula "-Anne Anna pedulikan semua memori dan janji manis yang dia pernah ucapkan dulu.Walaupun Anne tidak pernah sikit pun rasa benci akan adiknya.Ia takkan mengubah niat Anna untuk mengambil takhta. Dengan hanya satu penipuan Anna dapat buatkan Anne hilang buat selamanya. Anna menyangka itulah kebahagiaan yang dia tertunggu selama ini tapi itulah bermulanya detik kesengsaraan. " Aku patut buang kau sejak kau lahir lagi!Kau pembunuh! "-Hannah " Anna cuma nak kasih sayang seorang ibu " Kewujudan Anna seakan patung yang tak bernyawa.Hanya untuk dipergunakan sebagai pelindung keluarga.Itulah apa yang Anna lalui sepanjang hidupnya. Tanpa Anne mimpi indah tak muncul kembali, Bunga yang mekar semakin layu, Senyuman yang manis menjadi pahit, Jiwa yang kosong , Penuh dengan kegelapan, Kini. Dia kesunyian, Hanya derita yang memanggil ke mari, Don't trust her sweet lies if you want still alive.