PROLOG

"Sedihnya kau tak ada adik. Tak ada abang."sindir Syasya kepada Natasya yang berumur 17 tahun. Geng kampung minah gangter telah lama mengepung Natasya yang sedang balik dari kedai runcit.

"Biarlah.Errhh....aku ada opah"Natasya cuba mempertahankan dirinya sedangkan dia sudah cuak dikepung.

"Ala...ada opah. Aku dengar cerita kau tu anak haram. Mak kau tu GRO dulu.Kesian bapak kau jadi pak sanggup"kata Delia yang dikenali mak cik bawang.

"Mana ada. Mak orang baiklah jelah."ujar Natasya sambil berlinangan air mata. Tak sangka ada orang buat fitnah kepada dirinya.

" Itu sebab kau tak ada adik beradik. Aku rasa bapak kau tak ingin nak sentuh mak kau yang jijik. Itulah keluarga pelacur."kata Syasya lagi.

"Ahh...nanti aku tunjukkan dekat korang aku ada adik beradik. Biar orang tahu aku bukan anak haram."jerkah Natasya apabila Syasya dah mula bercakap mengenai keluarganya. Orang dah arwah cakap disebut.

"Dah belalah sebelum orang campak korang dengan bakul sayur ni."diagah-agah dia akan mencampakksn bakul penuh dengan sayur. Dahlah opah punya. Kalau rosak pasti kena marah.

" Sejak bila Natasya gadis kampung bak ayu lemah lembut dah pergi...Sampai rampas Ahmad dari aku"perli Syasya.

"Orang tak hamak sangatlah dengan Ahmad laki kedai runcit tu. Dahlah rongak."tertawa Natasya apabila teringatkan lelaki yang dikatakan handsome di kampung ni.Kalau ala Shukri Yahaya bolehlah.

"Kau kutuk pakwe aku,minah. Dahlah Sya. Aku tahu bapak kau tak suburkan tu sebab kau tak ada abang."

"Diamlah minah. Awak jangan kutuk bapak dengan mak orang lagi. "terus dia ingin keluar dari kepungan tetapi masih dihalang.

"Ingat senang kau nak keluar. Kau tak sesiapa nak selamatkan kau. Kalau anak abang bolehlah back up, ni ada opah kereput je."kata delila sambil disingsing lengan baju kurung.

Semua geng Syasya dah mula ingin membelasah Natasya. Habislah aku...Natasya hanya berjalan ke belakang dan bila-bila masa dia kena langkah seribu.

"Kau nak lari mana minah. Kau tak boleh lari"

"Korang saja cari pasal dengan orangkan. Nanti orang bagitahu opah orang."ugut Natasya gagap.

"Beritahulah kalau berani..."terus Syasya menghalakan penumbuk ke arah Natasya sebelum.....

"Ohhh..."terus seorang lelaki sasa berdiri di hadapannya Natasya mendepakan tangan.Syasya hanya terpaku.

"Jangan kacau orang lain boleh tak?"terus ditengking semua anak gadis yang ada di hadapannya. Semua dah mengigil kaki ketakutan tetapi Syasya cuba bertahan.

Natasya terkejut apabila ada orang baik menolongnya.Terus dia berdiri dibelakang lelaki itu. Dapat dilihat geng itu mula goyah.
Tadi berani sangat.

"Jangan kacaulah. Kau siapa ahh?"tanya Syasya selamba.

"Aku abang dia"balas lelaki itu bersahaja. Tangan Natasya digengam.

"Sebelum aku sepak korang semua, baik kau bela sekarang"tambah lelaki itu dengan tengkingan.Berlari mereka ketakutan ke rumah masing-masing.

Natasya tersenyum puas. Padan muka mereka. Terus dia memandang abang baik yang menolongnya. Natasya terpaku...Handsomenya.

"Erhhh..." Natasya gugup dengan kehenseman lelaki itu lagi-lagi bila dia senyum.

"Siapa nama cik"tanya lelaki itu.

"Natasya...Awak pulak?"katanya sambil bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Boleh panggil abang bayang"kata lelaki itu sambil tersenyum.