MUSA NUWAYRI

Ahmad Musa Al-Nuwayri Bin Kamaruzaman, dilahirkan pada 28 April 1994. Anak kelahiran Edinburgh, Scotland ini kini menetap di Skudai, Johor. Seawal usia beliau 19 tahun, beliau sudah menjadi pengasas Tangisan Syria Di Bumi Jordan pada 15 Mei 2013. Beliau mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebelum melanjutkan pengajian di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga Bandar Baru Bangi. Beliau kemudian melanjutkan pengajian menengah di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan. Kini beliau menuntut ilmu dalam bidang Syariah di Universiti Al-Bayt Mafraq, Jordan.

Tangisan Syria Di Bumi Jordan didaftarkan sebagai sebuah NGO di bawah nama Persatuan Cinta Syria Malaysia pada 11 Ogos 2013. Selepas hampir dua tahun Tangisan Syria Di Bumi Jordan ditubuhkan, NGO ini sudah mengagihkan bantuan kepada hampir 10,000 buah keluarga pelarian Syria di Jordan. Beliau juga membuka sebuah sekolah kepada hampir 250 anak-anak pelarian Syria.

Beliau pernah ditemu ramah oleh stesen televisyen Astro Awani dan Astro Al-Hijrah. Artikel beliau tentang pelarian Syria juga pernah dimuatkan di akhbar Sinar Harian.