BAB 1

"Ken, dengar kata haritu papa kau nak carikan untuk kau bodyguard. Betul ke?" Ken menganggukan kepalanya tanda setuju. Huishh... serius lorh? Kaya betul bapak Ken ni, bisik Hanis dalam hati.

“Wah! Untunglah kau. Macam ala- ala cerita novel gitu" bahu Ken Hanis tumbuk dengan perlahan. Ken di sisi hanya buat muka selamber derk saja lalu bahu dijungkitkan. Wah! Agaknya kalau aku mintak bodyguard kat ayah, agak- agaknya mesti ayah akan kata macam ni.

“Perangai macam laki ni nak bodyguard? Haihh... tak payahlah... nanti bodyguard tu yang engkau terajang" Ataupun boleh jadi ayah akan cakap macam ni

“Kau duduk zaman mane ni Hanis oiii... Dah jangan nak mengarut!" Wahhhh... Aku nak gak... bisik Hanis sendirian. Agaknya kalau orang lain boleh tengok rupa imaginasinya sekarang ini, mesti diorang akan lihat rupa Hanis menangis macam budak kecil. Huhu... Ops... baru teringat, aku mana ada ayah dah... Nyanyok betullah kau ni Hanis... marahnya sendirian lalu kepalanya di ketuk dengan kecil.

“Hanis, kau nak bodyguard ke?" tanya Ken tiba- tiba. Mata Hanis sudah bersinar- sinar saat mendengar pertanyaan Ken itu. Oh Mai Goshh!!! Hanis sudah tersenyum sambil tersengih- sengih macam kerang busuk.

“Kenapa tanya? Kau nak kasi bodyguard kau kat aku ke?" tanya Hanis pula. Jarinya sudah berpintal- pintal dengan bajunya sendiri. Allah, nampak bebenor gatai merenyamnya. Tak kena langsung dengan perangai kasar. Ken sudah menggelengkan kepalanya sendirian.

“No way! Bodyguard aku tu laki and kau tu perempuan. Kalau kau nak pi ambik bodyguard bangla dekat tepi jalan tu. Berlambak nuh!" ujar Ken dengan tegas. Hanis sudah muncungkan bibirnya.

"Kedekutlah kau ni. Sharelah sikit bodyguard kau tu. Kitakan rapat. Boleh ye? Boleh ye? Nanti aku kasi tau papa kau" pujuk Hanis. Suaranya sengaja dilunakkan di hadapan Ken. Ala... apa salahnya. Diaorangkan kawan baik. Tak ada istilah menggodanya. Walaupun sudah banyak kali Ken tegur dia supaya jangan buat macam tu. Tetapi dia tetap berdegil juga. Hukum hakam dia memang selalunya tolak ke tepi. Dia kisah apa? Kalau dia kisahpun dalam sehari dua je, lepas tu dia lupa balik.

“Hanis..." Ken seru namanya dengan lembut.

“Yee..."

“Kau ni degil betullah!" dahi Hanis Ken jentik tanda melepaskan geram.

“Oit! Sakit tau tak?" bebel Hanis.

“Tau pun sakit! Hati aku ni kau tak tau sakit pulak" tempelak Ken dan Hanis pun terkejut sampai tahap dinasoar. Hanis tidak sangka pula yang Ken akan berkata sebegitu. Adakah dia...

“Ken kau gay ye?" tanya Hanis dengan lurus. Kini Ken pula yang sudah terkejut tahap kronik. Oksigen! Oksigen! Boleh mati Ken kalau dia jumpa 10 orang Hanis. Tangan sudah di tepuk pada dahi lalu dia menggelengkan kepalanya.

“Ken, kau kenapa? Kau ok tak ni?" Ken sudah tergelak kecil. Manakala Hanis disisi sudah seram sejuk. Ken dah kena rasuk ke? Fikir dia bukan- bukan.

“Aku K.O weyh... dahh lupakan apa kita cakap tadi. Aku balik dulu bye"

“Eh! Ken akupun balik dululah"

“Ken!!! Hensemnya bodyguard kau! Melting aku tengok" ujar Hanis dengan nada terujanya. Oh Gosh! Kenapa Hanis boleh ada dekat sini? Marah Ken dalam hati.

“Hanis macam mana kau..."

"Macam mana aku tau kau ada dekat sini? Itu soalan kau kan? Hehe" dengan pantas Hanis menyampuk. Ken hanya mengangguk.

“Hehe... Aku ada kuasa magic boleh tau di mana kau" gurau Hanis. Kepala Hanis Ken ketuk dengan perlahan.