Chapter 1

Katil Sebelah

First day masuk asrama.

Nervous.Cuak .Happy.Sedih.Siapa yang pernah duduk asrama tahu lah macam mana perasaannya.Lebih lagi macam aku yang baru berumur 13 tahun.Bak kata orang belum puas lagi duduk bawah ketiak mak dah kena belajar berdikari.Tapi aku terpaksa juga sebab mak kata sebab tradisi dari mak dulu lepas tu kakak aku,abang aku dan sekarang giliran aku.Anak mak pandai-pandai semuanya.Bukan nak berlagak(tapi adalah sikit!)Haha.Adik beradik aku semua dapat masuk SBP(Sekolah Berasrama Penuh).

“Jaga diri.Jangan lupa solat,”pesan ayah.Mata ni mulalah nak berair.Kuat merabak bak kata kakak.Aku [pandang adik bongsu aku.Dia menjelir lidah mengejek.Setan kau!Tunggu turn kau nanti,semua orang dah habis sekolah kitaorang ejek kau puas-puas.Jauh beza jarak aku dengan adik aku.5 tahun.Aku dengan abang aku beza 4 tahun.Dengan kakak beza 5 tahun.

“Selalu baca Al-Quran.Ternampak ke tau rasa ‘diorang’ ade..Diam aje..Jangan pernah tegur ‘diorang’,”pesan mak yang memang sedia maklum aku ni ada deria keenam.Kata mak aku warisi dari arwah nenek aku.Ibu mak.Entah aku pun tak tahu sebab aku tak pernah jumpa atuk dan nenek sebelah mak.Dah lama meninggal sebelum aku lahir lagi.

“Ye mak.Adik tau,” walaupun aku ada adik tapi disebabkan beza aku dengan adik jauh sangat jadi mereka ingat aku anak bongsu.Sekali rezeki mak dapat adik aku yang malaun tu.Haha kesian aku.Mak peluk aku kuat-kuat.Ahh part ni aku malas…Mulalah mata aku nak main sanggem.Sanggem tu kalau orang India cakap macam drama sedih gitu lah..Ayah aku suka cakap perkataan tu sebab keluarga belah ayah aku ada kacukan India.Tangan ayah aku salam dan cium.Adik aku yang bebal tu pun aku cium pipinya walaupun dia mengelak.Setan tu yang aku rindu juga nanti bila tak ada kawan nak ajak bergaduh.

“Mak dengan ayah balik dulu lah ye.Mak saying adik tau.Bye.Apa hal nanti telefon mak.Duit syiling ada dalam tabung badak adik tu,” Mak dah pun masuk ke dalam kereta bersama ayah dan adik aku.Tabung badak tu hadiah dari mak untuk aku yang sememangnya boros tak pernah simpan duit.Hasilnya penuh dengan duit mak duit siapa entah yang aku jumpa waktu sapu sampah kat rumah…HIHIHI…



Zaman aku sekolah ni Handphone tak ramai lagi yang pakai.Public phone tu lah twmpat bergayut nangis-nangis call mak bila rindu..Haha nostalgia siak.Ok get back to the story.Aku pun balik dorm.Naib baik duduk dekat tingkat bawah.Kalau si gemuk pemalas macam aku ni dapat tingkat atas Nampak gayanya aku tidur dekat court basket tengah-tengah asrama puteri ni jelah.Pintu dorm aku buka.Masih belum ada orang.Senior sibuk tolong uruskan pendaftaran.Yang junior sibuk sesi nangis-nangis.So,ada 10 katil double decker.6 disusun pada bahagian tengah dorm.2 lagi di kiri dan 2 lagi di kanan.Katil aku disudut sebelah kanan.Agak tersorok sebab tertutup dengan locker yang disusun berderet.

“Hai.Budak baru ye?Nama apa?” sapa seorang senior kot sebab dia panggil aku budak baru.Aku senyum.

“Panggil Eryn je,”jawab aku ringkas.

“Nama akak Sarah,”

“Akak form berapa,”

“Form 5,”

Kaki pun berborak sampai pukul 3.Aku minta diri sebab pukul 4.30 kena pergi orientasi.Aku tengok dah mula ramai pelajar kembali ke hostel.Muka masing-masing comot berhingus.Nangis lettuw!

“Semua form 1 jangan lupa kumpul dekat court tengah ni pukul 4 ye,”jerit satu suara siapa entah dari pembesar suara.Aku yang tengah berangan couple dengan Vince AF cepat-cepat keringkan badan.Zaman aku tu,Vince AF le yang paling hensem dan digilai ramai.Juara AF musim pertama kata kooooo…..Dipendekkan cerita malam lepas sesi orientasi dan kena buli macam-macam dengan senior.Kiteorang pun balik ke dorm dengan muka macam beruk makyeh.Sampai je kat dorm.Ketua dan penolong dorm yang kami panggil ‘mummy dorm’ dan ‘daddy dorm’ suruh semua berkumpul kat tengah dorm.

“Semua dah ada ke?”Tanya Kak Teja selaku mummy dorm aku.Kawan dorm dan senior lain mengira.

“Cukup,”balas Aki yang sebaya dengan aku.Aku mengerut dahi.

“Kak Sarah takdelah,”kataku.Selesai ayat aku senior yang lain membuntang mata.

“Kak Sarah?”ulang Kak Roja.Aku mengangguk.Eh pekak ke diorang ni.Senior yang lain semua membuat ekspresi pelik.

“Eryn jumpa dia kat mana?”soal Kak Teja.Aku tengok kakak-kakak senior yang lain dah gelabah semacam.

“Lah..Dia kan sebelah katil Eryn.Petang tadi ada borak-borak ngan die,”

“Tapi Eryn.Kak Sarah tu dia..”

“Dira jangan!!,”marah Kak Roja.Terkejut aku dengat mummy dorm aku menempik begitu.Apa yang diorang sorok ni.Pelik aku.

“Korang stay sini jap.So,rules kita kene bace Al-Mulk sebelum tido.Kurin tolong conduct baca Al-Mulk.Aku dengan Roja nak pegi jumpe warden jap,”arah Kak Teja.Kak Kurin memulakan bacaan Al-Mulk.Sesekali aku pandang wajah kakak senior aku yang curi-curi pandang muka aku.Muka diorang Nampak takut.Muka Kak Mija yang paling obvious.Selepas itu kami disuruh masuk tidur.Cuma aku dan Alin disuruh pindah katil.Aki share katil dengan Kak Mija.Alin share katil dengan Laila.Aku yang gemuk ni tidur seorang kat katil Aki.Apahal ni?Aku dah start dah pelik tapi malas nak fikir so aku tidur jelah sebab esok masih ada orientasi dan kena bangun Subuh berjemaah.

“Jangan bagitau dia lah.”sayup suara Kok Roja.

“Habis kau nak biar je?Kalau Sarah bercakap lagi dengan dia macam mane?”suara Kak Teja keras kedengaran.

“Aku peninglah.Dah setahun kot.Sebelum ni takde pulak.Nape baru sekarang,” kata Kak Roja lagi. Apa masalahnya kalau aku cakap dengan Kak Sarah pun?Aneh lah diorang ni.Kepala otak aku yang lembap pick up ni masih belum dapat proses hint yang dah bagi sebenarnya.

“Mungkin budak ni lain lari yang lain,”

“Warden cakap bagitau die sorang je.Tapi mintak die jangan kasitau budak lain.Taknak sume jadi takut pulak,”

Bagitahu apa pula ni?Aku masih tak faham.Aduhai pepagi buta borak apa entah diorang ni.Tak reti tidur ke?

“Aduhai Sarah…Kenapa kacau dia?Kau tak tenang ke?Janganlah kacau kami lagi.Aku dah redha dengan kematian kau,”suara Kak Teja yang merintih tu membuatkan otak yang mamai ni terus cergas.Mati?Kak Sarah dah mati ke?Jadi siapa yang borak dengan aku semalam?