Bab 1

I found a love for me,
Darling, just dive right in and follow my lead,
Well, I found a girl,
beautiful and sweet,
Oh, I never knew you were the someone waiting for me.   
      
Bising deruan ombak yang menghempas pantai dan suara burung berkicauan riang menjadi suara latarbelakang kepada seorang gadis yang leka termenung terbaring di tengah pantai. Lagu Perfect daripada Ed sheran terngiang-ngiang di dalam benak fikirannya.

Langit biru yang terbentang luas dipandang sepi. Dress putih kepam tanpa lengan paras buku lali itu tergantung londeh di badan kurus tinggi lampai gadis itu. Kedua-dua lengan tangan gadis itu berada di belakang tengkuknya yang seperti menampung kepalanya sambil asyik melihat permandangan di atas langit.
Beg plastik berisi bawang merah dan sepasang selipar jepun terdampar di sebelah gadis itu yang leka terbaring di tengah pantai itu. ”Cinta...agaknya siape la jejaka yang akan tunggu aku di istana besar tu” tutur Maira berangan-angan. Dia tersenyum-senyum memikirkan jejaka tampan yang akan bawa dia jauh dari kehidupan dia yang sekarang.

”Maira” jerit kuat oleh sekumpulan gadis yang seramai tiga orang berjalan ke arah Maira yang telentang di tengah-tengah pantai itu. Antara ketiga-tiga gadis itu, hanya gadis yang tengah sahaja yang berpakaian seluar jeans dan baju blouse yang berjenama manakala kedua-dua gadis di sebelahnya hanya memakai seluar sukan dan t-shirt hijau dan biru yang lusuh seperti Maira.   
 
Gadis yang tengah juga kurus dan pendek daripada kawannya yang tinngi dan tembam. Maira terus bangun dari pembaringannya apabila ketiga-tiga gadis ini berjalan ke arahnya.

”Kau buat apa terbaring dekat sini haa Maira” terjah gadis sebelah kanan Maira yang berbaju hijau itu. Dia berleher panjang dan kepala yang sedikit besar. Bila bercakap, matanya yang sedikit sepet berkelip-kelip dengan mulutnya tersembul dengan gigi jongangnya.

”Kau ni Iza, tak payah tanya. Mesti perempuan ni berangan punya. Itu sebab orang kampung panggil dia Mairangan aka maira asyik berangan” pintas Ika gadis berbaju biru itu yang berambut pendek persis lelaki itu.