BAB 15

15 Oktober 2016

Usia aku hampir genap setahun. Dan 8 bulan usia adik Humairah dan arwah ummi pergi meninggalkan kami semua. Selama tempoh ini jugalah aku dapat melihat setiap hari ummi yang dulunya aku panggil kak Hada berulang alik ke hospital membawa adik.

Kata ummi, aku kena jaga adik. Sebab adik sakit. Dia tidak sihat macam aku. Jadi sebagai kakak, aku kena tengokkan adik aku.

“Ye ummi, kakak janji akan jaga adik.”

Sehingglah malam itu, malam yang aku tidak dapat lupakan, saat aku tidur bersama adik Humairah.

Dia menangis sekuat hatinya dan ada kalanya dia terbatuk dan mengeluarkan cecair merah. Ummi bangun dan panik. Begitu juga walid. Kami semua bergegas keluar dari rumah dan menuju ke tempat adik lahir dulu.

Selama dua hari adik Humairah di masukkan ke dalam mangkuk puith yang penuh dengan wayar. Dari luar aku melihat keadaan adik Humairah. Kesiannya..kalaulah aku boleh bertukar tempat dengannya…

Malam yang ke dua, dokter memberitahu walid. Keadaan adik Humairah sangat kritikal. Untuk selamatkannya hanya 50-50. Apa yang 50-50 aku pun tak pasti waktu itu.

Di dalam bilik itu aku nampak ummi berdiri di sebelah mangkuk yang mengurungi adik. Ummi mengambil adik lalu pergi. Sempat lagi ummi tersenyum kepada ku.

Dan saat itu aku melihat ramai lelaki dan perempuan yang berpakaian sama warna dengan ummi, tetapi mereka berseluar masuk ke dalam bilik yang menempatkan adik tadi.

Aku terus di bawa ke tempat lain oleh ummi. Pelik kan. Kenapa muka semua berkerut? Kan adik ummi dah bawa jalan-jalan tadi. Adik dah sembuhlah…