BAB 1

“17 oktober tahun 2015, adalah satu tarikh keramat buat aku. Nak tahu kenapa? Bukan sebab aku nak kahwin pada tahun tu. Itu tarikh lahir aku. Hari pertama aku melihat dunia ni. masa dalam perut dulu (9 bulan 14 hari) ummi selalu menceritakan kepada aku yang hidup ni penuh dengan warna warni. Macam pelangi.

Jujur aku katakan, pelangi pun aku tak tahu macam mana warnanya. Mungkin cantik, macam aku. Hahah. Setelah sekian lama aku tidak mendengar cerita dari ummi tentang kejadian Ilahi, aku tertanya tanya. Mengapa ummi membisu setelah berhempas pulas melahirkan aku.

Tak sabar rasanya nak dapat adik baru. Ummi kata aku akan dapat adik baru. Rasa seronok pulak. Taklah aku hidup sorang-sorang dalam rumah ni. dahlah tak ada kawan. Ummi pulak selalu sibuk memanjang.

Ish! Tak baiklah cakap macam tu. Kalau ummi tahu, mesti ummi kecik hati dengan akukan. Derhaka namanya tu. Tak bau syurga nanti. Nauzubillah…

Macam biasa hari ni ummi tak ada dekat rumah. Yang ada hanyalah seorang kakak pengasuh. Kakak?? Ye, kakak. Seorang gadis yang masih muda, cantik.

Sebenarnya, aku nak sangat tanya kakak tu, kenapa tiap kali kalau dia melihat aku, pasti dia akan menangis teresak-esak. Dan waktu dia menangis tentunya jika ummi tiada di rumah.

Adakalanya juga, dia akan menggelarkan dirinya ummi bila kami tinggal berdua di rumah ini. Mungkin hatinya sedih kut. Teringat seseorang yang pernah hadir dan pegi dari hidupnya. Kan?

“Huda, masa untuk susu sayang..” Kakak itu berkata kepada ku. Aku yang tersangat gembira melihat botol susu yang dipenuhi susu lemak berkrim tertawa kecil.

Aku juga melihat kakak itu tersenyum melihat keletah aku. Memang tengah lapar ni. ibarat, pucuk di cita ulam mendatanglah katakan.. heheheh..

“Bismillah hirrahman nirrahim..” Di mulakan dengan basmallah, kakak itu menyuakan puting botol susu itu kepada aku. Uiiii…nikmatnya susu ni.

Aku di dodoikan oleh kakak itu dengan bacaan zikirullah. Tangan kakak itu menepuk-nepuk kaki ku dengan lembut sekali. Seingat akulah kan, ummi jarang buat aku macam ni. Paling kalau dia balik dari kerja pun, aku dah tidur.

Kadang-kadangkan, aku rindu sangat nak rasakan belaian dari ummi. Masa dalam perut dulu, ummi rajin usap aku (walau aku dalam perut dia). Tapi bila aku dah keluar, ummi jarang nak buat macam tu. Malah, aku di biarkan di jaga oleh kakak pengasuh pulak.

Mata aku makin lama makin layu. Perut pun dah kenyang dengan minum susu ni. apa lagi yang boleh aku lakukan melainkan terus tidur sahaja, kan? Lagi pula, kakak nak buat kerja rumah. Semua tu kena selesai sebelum ummi balik. Kalau ummi balik rumah belum kemas, habislah kakak kena maki hamun dengan ummi.

Itulah yang selalu kakak tu luahkan dekat aku walaupun aku tak boleh nak balas apa yang dia katakan. Cumanya, aku kesian dekat kakak je.