BAB 4

20 November 2015

Aku menanti ummi mencari aku bila dia melihat aku terjatuh dari tangga semalam dengan kak Hada, ternyata ummi tidak melakukan hal itu. Sedihnya hati aku. Tapi aku kuatkan hati dan berdoa supaya terbuka hati ummi untuk menemui ku dan mengubati luka di dahi ku ini.

“Jangan bagi alasanlah! Kalau dah pemalas tu pemalas juga!!” Suara ummi aku dengar memarahi kak Hada. Kenapa ummi ni garang sangat sejak kebelakangan ni.

“Betul puan, saya tak sihat. Saya tak tipu.” Selang beberapa detik selepas ummi marah kak Hada, tiba pula kak Hada membela dirinya. Kasihan kak Hada aku lihatnya.

“Kak Hada memang sakit ummi. Dia tak tipu. Kaki dia berdarah, Huda nampak tu.” Aku merengek di dalam bilik kak Hada. Botol susu yang tadinya berada di mulut aku, aku tolak ke tepi.

Tak sanggup aku mendengar kak Hada terus-terusan kena marah dengan ummi. Apa semua ni. mana walid? Kenapa walid lambat sangat balik. Cepatlah walid, Huda takut ni..

Kak Hada berlari mendapatkan aku yang masih lagi terbaring di katil sambil menangis. Tangisan ku kuat memecah keheningan malam yang sunyi.

“Ha, baguslah tu. Sama je kau berdua ni. menyusahkan aku je!” Teriak ummi di depan muka pintu bilik kak Hada.

Kak Hada langsung tidak menjawab sepatah pun perkataan dari ummi. Dia hanya mendodoikan aku supaya berhenti dari nangis. Dan kerana kesian dengan kak Hada, aku berhenti menangis. Aku tak nak kak Hada terus-terusan di marahi oleh ummi.