BAB 10

14 Februari 2016

Hari ini, aku, ummi dan kak Hada di bawa jalan-jalan oleh walid ke satu bangunan yang banyak kedai. Pelbagai barangan di jual di sini. Aku di dukung oleh kak Hada, jika kak Hada merasa keletihan barulah walid mengambil alih mengendong aku.

Dapat aku lihat, bertapa cantiknya ummi bila berjubah hitam dan bertudung kelabu. Cantik sangat. Tapi, kak Hada lagi cantik bila mengenakan kain menutup mukanya. Hanya matanya sahaja yang aku nampak.

Mula-mula aku takut juga bila nampak kak Hada macam tu. Tapi bila kak Hada membuka kain yang tutup mukanya di dalam kereta, lega rasanya hati ini.

Kali ini, untuk kami semua masuk ke dalam sebauh kedai yang menjual pakaian bayi. Aku nampak banyak baju-baju yang tergantung cantik-cantik. Baju untuk aku ke? Tapi kenapa warna biru kebanyakannya?

Tak kisahlah warna apa pun. Yang penting bajukan. Asalkan selesa bila di pakai.

“Hada tak nak beli pakaian untuk Huda?” Tanya walid.

“Pakaian untuk aku? Habis, yang ummi ambil sampai berbakul tu baju sapa pulak?” Aku berkata di dalam hati. Ada sedikit kesayuan yang menyapa tiba-tiba.

“Tak pe lah abang. Banyak lagi baju Huda dekat rumah.” Tolak Kak Hada.

“Betul tu sayang. Tak baik membazir. Amalan syaitan kan?” Sampuk ummi pulak.

“Kenapa ummi cakap macam tu. Huda pun nak pakai baju baru. Cantik pulak tu.” Aku mulai merengek di dalam gendongan kak Hada.

“Tak pelah. Sekali sekala belikan lah baju untuk Huda tu.” Balas walid lagi.

Gembira hati aku bila kak Hada setuju dengan cadangan walid untuk belikan baju baru untuk aku. Aku perasan yang ummi menjeling tajam ke arah kak Hada. Pandangan curi-curi bila walid tidak melihat ke arah kami berdua.

Peliklah. Kenapa ummi macam tak suka dengan kak Hada? Kak Hada baik apa…