BAB 2

19 November 2015, dah sebulan aku di dunia ini. Setiap hari aku melihat hal yang sama terjadi. Tiada apa yang berbeza yang terjadi pada kakak, ummi dan aku. Sampai ke hari ni aku masih pelik. Tapi aku tidak kisahkan segalanya, kerana pada aku semua tu biasa.

“Hada!!!” Aku terdengar ummi menjerit dari tingkat atas.

“Ye puan.” Jawab kak Hada.

“Kau ni pekak ke aku panggil dari tadi tak dengar-dengar?!” Marah ummi. Kesian kak Hada. Ummi janganlah marah kak Hada.

“Saya dengar puan. Tadi saya baru siap…” Belum sempat kak Hada menjawab, ummi dah sepak pipi kak Hada. Hampir saja aku terjatuh dari gendongan kak Hada.

Jantung ku berdegup kencang usah di kata. Tuhan sahaja yang tahu.

“Dah pandai menjawab ye kau sekarang!” Sekali lagi ummi menengking kak Hada. Kak Hada hanya menangis bila di marahi oleh ummi.

“Mana makanan aku?! Aku lapar tahu tak!!” Bingitnya telinga aku mendengar jeritan dari ummi.

“Ummi! Kenapa hari ni ummi marah sangat?” Aku hanya merengek di dalam gendongan kak Hada. Kak Hada cuba menenangkan aku, namun keperitan dan kepedihan yang terucap menusuk ke jantung ku. Kenapa ummi cubit saya!! Sakit!!!

“Hei, kau bawak budak ni pergi jauh-jauh! Semak kau tahu tak!” Tidak menunggu dengan lebih lama, kak Hada terus menuruni anak tangga. Belum sempat dia berada ti lantai tingkat bawah, kak Hada terjatuh. Dan aku terlepas dari dakapannya.

“Aduh!” Kak Hada mengerang ke sakitan. Kakinya terseliuh. Dan aku hanya menangis sekuat hati. Tubuh ku terasa sakit sangat. Kepala aku terhentak kuat di lantai. Mujur tiada darah.

Darah?? Takutnya aku!!