BAB 13

15 Februari 2016 (02.47 pagi.)

Waktu itu aku dalam dakapan kak Hada. Mukanya sugil. Matanya sembab. Walid aku tak nampak lagi.

“Aku dekat rumah ke?” Soal aku.

“Kalau aku dekat rumah, sapa pulak lelaki yang pakai baju putih ni? yang dekat leher dia tu apa?”

“Abang, kakak dalam wad. Dokter nak jumpa abang.” Aku mendengarkan sahaja apa yang di katakan oleh kak Hada kepada walid yang baru sahaja muncul.

“Baiklah. Hada tunggu sekejap ye.” Belum sempat walid masuk ke dalam bilik tu, lelaki tadi yang aku nampak keluar dari bilik yang walid nak masuk.

Lelaki tu mungkin dokter yang di maksudkan oleh kak Hada. Mungkin.

“Encik Umar, isteri encik dalam keadaan yang amat kritikal saat ini. Bayinya juga. Air mentoban dah pecah. Kami perlukan persetujuan encik untuk menyelamatkan salah satu di antara mereka dengan melakukan pembedahan. Bayi encik juga belum cukup matang untuk di lahirkan. Dan kalau encik bersetuju, saya perlukan tandatangan encik di sini.”

Itulah kata-kata yang aku masih ingat sehingga kini. Kata-kata dokter yang memerlukan tandatangan walid untuk menyelamatkan adik dan ummi.

Aku memandang kak Hada. Airmatanya mengalir sekali lagi menitis di wajahku. Kenapa kak Hada menangis lagi? kan ummi dah tak pukul akak. Mungkin kak Hada rasa sakit kut.