BAB 8

Malam 31 Oktober 2035

Mesej dari Big Bos ..

“Dah nak empat minggu cerita yang aku mintakan kau siapkan, kenapa lambat sangat kau buat? Ingat, aku nak manuskrip ni siap dalam tempoh sebulan lagi. ingat, SEBULAN SAHAJA MASA YANG AKU BERIKAN KEPADA KAU. Kalau kau tak boleh siapkan, aku akan bagi keja ni pada penulis lain. Dan cuti kau pada 23/12/2035 ni akan di gantungkan. FAHAM!”

“Cuti aku kena gantung? Mana adil!” Aku marah pun bukannya bos dengar. Aku kembali membuka laptop aku dan mula menyambung membuat kerja yang di berikan. Ingat senang ke nak buat skrip ni?

Ingat buat skrip ni macam makan nasi ayam penyet mak long ke? Perh! Kalau sesenang tu, hari-hari aku buat. Taklah tertekan mcam ni.

Sementara idea datang dalam kepala otak ni, baik aku pergi dapur cari apa-apa yang boleh di masukkan ke dalam mulut. Hilangkan ngantuk.