BAB 7

24 DISEMBER 2012 10.23 malam

Dah lama tak jumpa Dahlia. Cempaka rindukan kawan-kawan Cempaka. Tapi Cempaka ni kawan mereka ke? Cempaka sedih. Memang dalam dunia ni tiada ruang buat Cempaka ke?

Cempaka ingat lagi masa mula-mula masuk sekolah dulu. Semua orang terima Cempaka. Tapi sekarang, semuanya tolak Cempaka. Siapa Cempaka?

Apa nilainya Cempaka pada dia orang? Sampah? Apa niat mereka berkawan dengan Cempaka? Hanya untuk dipersendakan? Gila. Semua ni kerja gila. Sampai bila Cempaka boleh bertahan.

Cempaka tak pasti apa niat Dahlia berkawan dengan Cempaka. Ikhlaskah? Cempaka tahu apa yang selalu Dahlia kata di belakang Cempaka. Dah banyak kali Cempaka terdengar Dahlia bercakap buruk belakang Cempaka. Jelas dan tidak perlu diulang.

Dahlia dah tawar hati berkawan dengan Cempaka. Padahal dia dah lama kenal Cempaka. Kawan rapat lagi. Kalau dia mampu buat, budak-budak lain lagilah. Pernah tak rasa hilang deria rasa. Deritakan? Tapi kalau itu satu-satunya cara untuk Cempaka lupakan semua ni, Cempaka terima.

Cempaka bersalah. Terlalu berahsia. Cempaka tak sanggup melihat air mata Dahlia mengalir. Tapi itulah perkara yang selalu Cempaka lihat. Perlukah Cempaka beritahu apa yang Cempaka rasa? Mungkin tak perlu. Apalah sangat masalah Cempaka kalau disbanding dengan dia.

Cempaka tahu yang Dahlia dah lama bencikan Cempaka. Seorang sahabat sentiasa menjaga kawannya. Tapi Cempaka burukkan Dahlia. Sebab apa? Dahlia dah mulakan dulu perang ini tanpa persetujuan Cempaka. Mungkin Cempaka terlalu lemah. Setiap kali sakit, pulang ke rumah.

Dahlia kata cempaka menyusahkan orang. Kenapa mesti pengsan? Matikan lebih senang.

Cempaka berdarah

Dahlia menghentakkan kepalanya ke dinding. Menyesal? Dah tak ada guna.

Cempaka dah tahu segalanya. Menangis? Air matanya kering. Kering tanpa ada punca. Dahlia terhempap dengan penyesalan lampau. Aku perlu minta maaf dari Cempaka. Tangannya pantas mendail Bunga. Hanya Bunga yang tahu cempaka di mana. Selama mereka berkawan, tidak pernah dia terfikir mencari rumah Cempaka.