BAB 8

“ Kau nak buat apa jumpa dia?” Bunga menjeling. Kau dah buat dia hilang diri sendiri, sekarang kau nak buat dia hilang segalanya.

“ Aku tahu, aku salah. Aku nak minta maaf.” Pinta Dahlia. Air mata mula menjerkah tubir mata.

“ Kau tak payah buat drama air mata tu. Aku muak!” Bunga merengus. Sebab kau, aku hilang kawan. Sebab kau, aku hilang kepercayaan dia. Semuanya sebab kau.

“ Aku ikhlas nak minta maaf. Tolonglah!” rayu Dahlia. Dia tak tahu. Kalau dulu, dia buat semua rakannya melutut dan kini, dia yang menagih simpati.

“ Dia dah tak ada. Semuanya sebab kau. Kalau tak sebab kau, mesti dia dah jumpa doctor. Kau kata kau yang paling kenal dia. Tapi bila dia sakit, kau pergi mana? Ada kau kisah? Barah otak. Kau rasa dia boleh selamat? Kalau bukan sebab kau halang dia jumpa doctor, mesti dia bernyawa lagi. Puas hati kau?” Bunga menggila. Air mata ttidak berhenti mengalir. Aku hilang dia, kau tahu?

Dahlia terpempam. Cempaka dah pergi? Tipu! Aku tak percaya. Cempaka maafkan aku. Dahlia hampir hilang pertimbangan. Kuat dia meraung. Tapi Bunga tak ambil peduli. Pintu pagar rumah ditutup dan dikunci. Dia benci. Benci melihat dahlia. Kau dah musnahkan segalanya Dahlia.

* * *

“ Kau tipu dia?” Sakura duduk di sebelah Bunga. Bunga diam.

“ Dia tak perlu tahu yang Cempaka hidup lagi. Aku akan ubah Cempaka sampai dia tak mampu nak berkata apa.” Bunga menahan nafas. Cempaka memang selamat dari pembedahan tu. Tapi dia belum pasti Cempaka mampu mengenal dunia lagi.

Enam bulan Cempaka koma dan peluang untuk hidup hanya 50 peratus. Sabar

Cempaka. Bertahanlah. Biarkan Dahlia hidup dengan dunia dia. Tak guna dia menyesal sekarang setelah dia meragut jiwa kau. Aku akan sentiasa di sisi kau, Cempaka.