BAB 1

‘’Hah apa tunang?!’’ tanya Qaisya seakan tak percaya pada ibu.

Aku pula hanya mampu diam terkedu tanpa bahasa, lidahku kelu untuk berbicara. Aku rasa tiada sudah alasan yang mampu ku berikan pada ibu dan kebisuan ku selama ini telah memaksa had kesabaran ibu lantas membuat keputusan sendiri.

Natijahnya kini aku bergelar tuanngan orang malah lebih haru aku sendiri tak kenal siapa tunang aku, batang hidung rupa parasnya haram aku tak pernah lihat.

‘’Kenapa ibu buat keputusan tanpa persetujuan Belle?’’ tanyaku lembut.

‘’Kamu tanya lagi? Oh kamu tanya lagi, cuba ingat berapa kali ibu tanya dan tunggu kamu?’’ jawab ibu sinis menjengilkan matanya. Ya aku akur pada ibu, ibu yang garang dan sudah enggan berkrompomi. Tiada apa yang mampu aku lakukan, keputuusan sudah dibuat.

Keesokan harinya aku bangunkan Qaisya berseiap sedia ke kolej. Qaisya adalah adik kesayangan aku, satu-satunya dan hanya kami berdua sahaja adik-beradik permpuan.

Aaku ingat lagi semalam, masa Qaisya dapat tahu yang aku dah ditunangkan tapa pengetahuan ku, beria-ria dia membela hak aku. Katanya Isa bukan lelaki yang baik dan bermacam lagi walhal aku tuan empunya diri hanya dia membisu.

Qaisya ku lihat seperti ayah, aku rindu Arwah. Setiap kali terpandang adik ku ini sertam merta rindu pada ayah mencanak di sanubari. Sikap suka menjaga ayah turun pada Qaisya dan adakalanya aku merasa selamat bersama adik ku ini.

Qaisya marah mala menuduh ibu penitngkan persahabatan daripada perasaan anak bila tunangkan aku dengan anak sahabat baik ibu, Datin Cempaka. Manakala aku ni pula hanya turuti saja sikitpun tidak melawan. Sudahnya adikku masuk ke bilik menangis dalam keadaan bengang.