BAB 3

Sedang aku sibuk siapkan dokumen syarikat yang Encik Fahrin perlukan, HPku berdering. Di skrin tertera nama ibu.

“Assalamualaikum, Ibu.. Maaf Belle tengah sibuk ini ibu, bila senang nanti Belle call ibu ya okay?”

“Nanti Belle , Ibu nak cakap ini..nanti petang Isa ambil kamu kerja ya,kereta kamu tingga je kat ofis tul”

“Eh apa ni ibu? Belum habis aku bercakap ibu terlebih dahulu menkan butang letak. Mula dah ibu dnegan pelan-pelan nakal ibu and the geng. AKu dah agak dah.

“Mama, Isa tak nak lah kahwin dengan budak taman perumahan tu! I beg you to listen to me this time mama? ” pinta Isa.

“Isa, kamu tak payah nak bantah pilihan mama, mama dah bagi kamu peluang sebelum ini sudahnya kamu tak habis berfoya-foya ke sana sini. Mama bagi akmu calon-calon kamu tolak mentah-mentah, tempoh dua bulan yang mama beri dah habis, sampai ke la ni kelibat menantu mama tak nampak pun? Mana?’’ tanya Datin cempaka pada anak lelaki tunggalnya itu, Isa. Anaknya itu semakin meliar dan tak terkkawal lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya Datuk Haikal. Perangai kasanova Isa semakin buas, pencapaian anaknya setakat ini adalah kasanova kuala lumpur!

Isa kehilangan kata-kata. Buat pertama kalinya dia gagal untuk mebalas percakapan ibunya dan sudahnya dia akur.

“Fine , mama jika ini yang mama mahukan… Isa turutkan keputusan mama, tapi jangan salahkan Isa untuk apa yang akan terjadi di belakang hari. Isa takkan pernah jatuh hati dengan perempuan tu, nama Belle tapi asal tetap kampung dan bukan kelas Isa. Isa tak sanggup berdiri walau seinci dengan gadis desa seperti Belle. Ingat tu Ma, pesan Isa.